Assalamualaikum,
Tanggal 17 Mac merupakan satu hari yang menyedihkan bagi keluarga kami, khususnya kepada keluarga belah isteri. Ianya merupakan tarikh pemergian abah, iaitu ayah kepada isteri dan adik-beradiknya. Entri ni aku taip untuk rekodkan perjalanan akhir abah sebelum menuju ke negeri abadi.
Hari Selasa itu merupakan tarikh abah menjalani open-heart surgery untuk repair injap jantung yang dah tak berfungsi dengan baik sejak tahun lepas. Seawal jam 5.30 pagi lagi aku dan family bergerak from Rawang ke IJN since abah dijadualkan masuk ke OT untuk pre-operation sekitar jam 7.30am.
Aku tak sempat pun nak jumpa abah pagi tu, since kena jaga budak-budak dengan Amien. Kami ingat elok bagi laluan kat anak-anak untuk spend masa lebih lama dengan abah while kami yang menantu ni ambil tugas jaga the kids.
Jam 9.30, abah masuk OT. Time ni aku dan Amien dah ke pejabat masing-masing. Aku memang kena masuk office hari tu ada few things nak disettlekan dengan HR after YEPA. Tapi pagi tu aku tak drive pun, ambil Grab je dan tinggalkan kereta di IJN. Plannya settle dengan HR then balik IJN semula.
Dalam jam 12.30, aku dapat message from wife. Ada komplikasi dalam pembedahan. Surgeon cuba untuk jahit tapi since jantung abah dalam keadaan lemah. Darah tak henti-henti mengalir keluar. Aku immediately booked Grab, dan halfway perjalanan - aku dapat berita yang abah sudahpun pergi meninggalkan kami sekitar jam 1.10pm. Aku yang rancak bersembang dengan Grab terus terdiam bila tau pasal pemergian abah. Speechless, sebab tak sangka pulak jadi macam ni.
Sampai je aku kat IJN, memang tak payah ceritalah hibanya suasana dekat ruang menunggu. Mak dan ipar-ipar menangis. Cucu-cucu yang tak faham erti kehilangan terus bergelak ketawa. Sejam lepas tu, barulah aku dan Amien diberi peluang untuk melihat abah yang kali ni sudahpun terbujur kaku.
Lepas tu, ada few extended family member yang tiba - sedara mara yang datang untuk melihat abah. Aku gunakan masa tu console wife dan terus organize movement - aku minta wife dan anak-anak balik ikut keluarga dia after jenazah abah settle disiapkan nanti since keluarga decide untuk kebumi pada hari tu jugak. While aku balik ke Rawang untuk packing barang-barang.
Dalam jam 3.15 aku bergerak ke Rawang, sampai an hour later terus pack - baju, kelengkapan Raya such as baju, kuih dan sebagainya. Dalam jam 5 petang, aku memulakan perjalanan ke Melaka, but dapat message from wife, minta untuk pickup Amien kat Damansara Damai since ada some hiccup dalam planning.
Gambar after jenazah selamat dimandikan dan dimasukkan didalam van untuk perjalanan ke Melaka, sekitar jam 5.30 petang.
Since ada diversion, aku memang dah expect ada delay. Ye lah, sampai rumah Amien pun jam 6.20, traffic sesak di MRR2. After pickup memang terus memecut ke Melaka melalui ELITE. Buka puasa pun dalam kereta. Pukul 8 sampai R&R Dengkil for quick iftar dan isi minyak before meneruskan perjalanan. Dekat Seremban - trafik sesak. 1 jam for 4KM! Memang time ni aku cakap kat Amien, kita tak sempat nak tengok abah since solat Jenazah dijadualkan after terawih, disusuli dengan pengebumian shortly after.
Wife ada share few gambar. Ni sebelum solat jenazah dimulakan. Alhamdulillah, memang ramai jemaah yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada abah yang beliau sendiri merupakan imam masjid dikomuniti Serkam ni.
Jam 10.50 malam, jenazah abah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Jamek Serkam. Aku dan Amien akhirnya sampai kira-kira jam 12 tengah malam. Sempat lalu kawasan perkuburan tapi dah takde orang lah.
Pagi keesokan harinya barulah kami melawat kubur abah, disusuli dengan tahlil pada belah petang shortly before masuk waktu berbuka puasa.
Walaupun aku jarang ada moment dengan abah, tapi memang terasa kehilangannya. But kita yang masih hidup ni perlulah kuat untuk teruskan hidup. Cherish memories yang kita ada dengan beliau . Amalkan apa jua ilmu yang beliau sampaikan supaya pahala itu terus mengalir dan menjadi bekalan tambahan beliau di negeri abadi.
Buat pembaca yang dimuliakan Allah, marilah bersama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada Tuan Haji Ahmad Bin Salleh. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin In Sha Allah.










No comments:
Post a Comment