Sunday, March 15, 2026

Kisah AKU n Ramadhan @ IJN

Assalamualaikum,

Seperti yang aku ada mentioned dalam previous entry. Minggu lepas merupakan minggu yang agak busy untuk family kami.
Jumaat lepas, seawal jam 6 pagi aku dah ke IJN untuk mendengar taklimat doktor kepada mentua berkenaan heart surgery. So pagi tu plannya doktor minta jumpa jam 7. Tapi nak dekat 10 pagi jugak baru dapat chance. Sudahnya kerja dari rumah je .
Hari Sabtu, kami datang IJN lagi. Kali ni ditemani ipar yang terlebih dahulu datang kerumah kami.
Budak-budak tak boleh masuk since abah memang last week admitted di wad ICU.
Berphotoshoot di prop Raya IJN yang kreatif ni. Siap ada ayam lagi. Huu
Amik gambar berposing ditangga macam bapak dia. Haha
Tengok apa tu?
Dah boring kat prop Raya, then kami ke surau pulak. Iman baru nak makan since dia tak berpuasa..:-)
Aku memanfaatkan masa dengan buat kerja office. Si Amien sampai terlelap dok menunggu. Huu
Dalam jam 12 tu aku call wife. Katanya dia nak stay sampai waktu melawat 6-7 petang . So aku decided nak bawak the kids balik dulu since dah pishang...Huu
Tidur menyandar pulak.
Dalam jam 1 petang, kami sampai rumah. Solat Zohor dulu before kasi si Fariq ni tengok cerita Mat Kilau. Yang si adik dia menyambung tidur..:-p
Wife share gambar iftar di IJN hasil infaq orang ramai. Next time aku kena try jugak berbuka puasa kat sini, maybe hari Selasa after surgery abah. Malam tu wife decided bermalam dekat sana together with her siblings, so tak perlu lah pickup.
Aku pulak berbuka puasa dirumah ayah, ditemani keluarga dan anak-anak. Hari tu beli Nasi Kukus Ayam Tempayan. Nice.
Malam buat routine harian pulak. Mendobi. Banyak baju. Huu
Pagi tadi tengok budak-budak ni sambung kelas lukisan tak formal, mak tunjuk skill melukis kat Fariq. Kami kan darah seni..:-p
Dalam jam 12.30, barulah start journey solo ke IJN untuk pickup wife.
Menyembang dengan Zed pasal plan Raya. Nampak gayanya raya dekat IJN lah tahun ni.

So, itu sahaja cerita Ramadhan kami di IJN. Memang penat ulang-alik + kerja tapi worth it bila tengok ipar semua dapat bertemu dengan abah diorang

P/S: Newcastle memang lawan Chelsea. It's okay let's trying to surprise Barcelona pulak dekat Nou Camp.

No comments:

Post a Comment