Saturday, March 21, 2026

Kisah AKU n Ramadhan 2026 - Day 30

Assalamualaikum,

Okay, meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2026 ni. 
Seawal jam 10 pagi aku dah ke Merlimau, teman wife last-minute shopping. Maklumlah hari tu rushing balik, ada benda yang aku terlepas nak pack such as scarf, tudung etc.
Before balik, singgah bakery dulu untuk beli birthday cake Iman untuk aktiviti malam raya nanti.
Lepas solat Jumaat, aku dan Zed dapat task cari lemang. Jumpa jugak port depan Petron Serkam ni.
Petang ke bazaar. Tak banyak pun stall yang ada, tapi eloklah senang nak pilih beli apa. 
Jam 7.24 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Merlimau sekaligus menamatkan Ramadhan bagi tahun 2026 ini.
Asalnya plan nak berbuka puasa kat surau, tapi aku sakit kepala semalam and berehat kat rumah. Tetiba bro ni ajak berbuka kat rumah dia. Katanya tak proper pulak datang surau time orang dah nak berbuka. Iftar ayam pasu yang kitorang beli kat bazaar. Haha
Sebak hati tengok anak-anak bersama sepupu solat dan bertakbir dalam bilik arwah atuk diorang yang baru selesai dikemas.
Berkesempatan solat Isyak dan bertakbir Raya di Masid ar-Rahman, Kg Pulai.
Elok je balik belum sempat duduk lagi budak-budak dah ajak main bunga api. 
Semua bunga api je, takde mercun tahun ni.
Huhu, Iman pun nak try main jugak. Muka kagum tu tengok cahaya api..:-p 
Wife pun join bergambar jugak. Dalam jam 9.30 malam, sesi berbunga api dan membakar mercun ditamatkan. 
Lepas budak-budak ni clean up ada one last activity malam Raya, iaitu sambutan hari lahir yang keempat untuk my daughter, Iman.
Ada topup sikit pizza sebagai light snack untuk menyambut ulangtahun anak dara aku yang comel ni. Huhu

Baiklah, mengulungi entri pagi ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2026. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

In Sha Allah seperti yang dijanjikan, stay tune untuk dua lagi entri wajib Diari Syawal 2026 ni

No comments:

Post a Comment