Friday, March 13, 2026

Kisah AKU n Program Bubur Lambuk @ LRT Ampang Park

Assalamualaikum,

Aku nak update satu lagi entri hari ni. Semalam aku berkesempatan join satu event TNG kendalian team CET Transit kami. Actually, kami ni satu department, so kenalah tolong menolong. Huhu
Event berlangsung di stesen LRT Ampang Park, sebuah stesen yang strategik under LRT Gombak-Line. Ikut plan pukul 2pm, team TNG kena gather untuk buat packing goodies bag. Aku pulak seawal jam 1.45pm dah sampai tapi lepak dalam kereta since parking dekat Intermark Mall je. 
Pukul 2.30pm start packing dengan process flow yang seamless where every unit ada objektif masing-masing. Dalam goodies bag mesti ada bubur lambuk dan juga the famous tepung pelita Paya Jaras..:-)
Fokus tu.
Haha, siot je brader ni. Dah macam orang jual jambu kat traffic light. Cuma takde mask tengkorak je..:-p
Dalam jam 4.30pm, kami berjaya menyiapkan 500 pack of goodies bag.
Snap photo kenangan dulu before kami memulakan upacara pengagihan bubur lambuk. Photo credit to BMMC.
15 minit lepas after that, kami start mengedarkan goodies untuk pengguna-pengguna LRT yang sudah tentunya menggunakan TNG sebagai prefered payment method untuk jaringan Transit.
Macam biasa, kita guna dual system - kiri dan kanan untuk cover both pengguna yang masuk dan keluar stesen
Member ni sempat lagi bergambar dengan ma fren. Haha
Ada jugak wakil from Prasarana yang hadir bagi memeriahkan majlis. Dalam jam 5.30 tu acara ditamatkan dengan jayanya. 
Sesi pemberian hamper penghargaan kepada representatives from Prasarana yang membantu untuk menjayakan program ini.
After settle packing, kitorang tak balik pun since bos Mugilan nak belanja bukak puasa dah alang-alang semua ada. Yang lagi best iftar dekat Intermark, so tak payah drive keluar. Tapi tu lah, takde snap gambar pulak time berbuka ni. If ada orang share dalam group nanti aku update semula.
Dalam jam 9.45pm, we part our way. The ladies semuanya naik tren, while aku hantar bro Razif dan bro Irfan balik kerumah diorang dekat Damansara. Alhamdulillah, sampai Rawang dalam jam 11 malam untuk menamatkan aktiviti pada hari itu.

P/S: Okay Newcastle lawan Chelsea away esok. If we can play macam kita lawan Barca hari tu, In Sha Allah boleh menang. Plus, diorang pun tengah down tu kena tibai dengan PSG 5-2. Huhu

No comments:

Post a Comment