Assalamualaikum,
Ya betul, telah berlangsungnya match pertama pasukan Malaysia bagi the AFC Asian Cup 2023. First game kot, in fact this is the first match Asian Cup yang aku tengok. Yelah, last Malaysia masuk tournament ni pun tahun 2007, tapi time tu aku masih lagi muda. So, malam tadi memang sweet moment lah. Huhu.
Mestilah kena berselfie dengan jersi Malaysia ni untuk dapatkan vibe sikit. Jersi vintage ni, time zaman kegemilangan team negara kita yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.
17 tahun lepas perjalanan team Malaysia setakat group stage sahaja. Actually, time ni masuk pun sebab jadi tuan rumah, kalau ikut merit tak layak langsung. Haha. Tak silap Malaysia kalah semua game bolos 12 gol, dan cuma jaringkan satu gol sahaja hasil jaringan Indra Putra..:-p
Edisi yang ke-18 ni diadakan di Qatar iaitu hos bagi FIFA World Cup 2022 juga. So, stadium yang ada pun memang world-class punya dan kesemuanya pernah jadi hos perlawanan WC dulu. Dashyat jugak kumpulan E ni, ada Korea Selatan, Jordan dan Bahrain. Selamat maju jaya Harimau Malaya!
Our first AFC Asian Cup pre-match conference by the coach, Encik Kim Pan Gon.
Team Harimau Malaya, ada tiga player yang bermain untuk Selangor FC iaitu Faisal Halim, Brendan Gan dan Khuzaimie Piee. Make us proud guys.
Perlawanan pertama menentang Jordan di al-Janoub Stadium. First half agak berat sebelah dengan team Jordan menyerang pint gol kita dengan bertubi-tubi. Tak senang duduk aku dibuatnya. Kesian pun ada tengok player-player negara berhempas pulas.
Result. Unfortunately team negara kita tewas 0-4 menentang lawan yang lebih kuat dan berpengalaman dalam tournament ni. Next game iaitu Sabtu ni (20/1) menentang Bahrain, dan final game pada 25 Januari menentang Korea Selatan. So, let's pray and pray a lot untuk kejayaan pasukan negara kita.
P/S: Semua gambar selain gambar aku credit to official Harimau Malaya dan FAM FB page.
No comments:
Post a Comment