Assalamualaikum,
Malam semalam aku sempat menghadiri sebuah dinner organized by our HOD. Dinner pasal apa tu? Jom lah baca, kalau tak nak baca mana maunya nak tau. Huhu
Petang tu after solat Jumaat, aku ke HQ Royal Selangor di Setapak, KL. Ada urusan sikit since aku in-charge untuk gift bagi our first ever TNG Parking Appreciation Dinner yang bakal berlangsung minggu depan.
Ni je urusannya. Buat QC untuk pewter plate before pickup. Diorang kata boleh deliver, tapi aku lagi confident kalau pickup sendiri. Nervous lah beb jadi event committee sekali tak sampai pulak barang, masaklah nak menjawab dengan boskur. Huhu
Aik dah kenapa dalam train ni? Since event dinner tu betul-betul terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, aku lagi prefer untuk naik public transport rather than nak mengharung jem pergi dan balik. Huhu. So aku park kereta siap-siap kat Terminal Gombak, then naik LRT.
Kosong beb. Aku naik train lepas Asar, so memang lengang lagi.
Event start jam 6 petang, sempatlah casual walk dari LRT Ampang Park ke venue event di PNB Perdana Binjai yang cuma mengambil masa less than 5 minutes sahaja.Lepak kat lobi sambil ranked COD dulu sementara menunggu colleague lain yang drive kereta from office Bangsar South. Ni lah venue event kami petang tu, Kung Jung Korean Restaurant. Majoriti nak makan Korean food, so aku pun layankan je lah. Huu
Please be noted yang entry ni bukan entry review makanan ye sebab aku pun tak tahu apa yang diorang order hari tu. Haha. Tapi yang penting it's a pork-free restaurant dan all meat served here is Halal. Untuk korang yang datang dalam group more than 2pax, kena call dulu untuk buat appointment sebab restoran ni memang sentiasa penuh almost everyday, especially after office hour.
Dalam jam 6.30pm, semua colleague dah sampai. FYI, dinner ni melibatkan dua business unit iaitu Parking dan Transit which happened to be under our HOD, Mr Lee Ming Siang. Elok je diorang sampai, makanan semua dah ready terhidang.
Ambil gambar kenangan. Dari kiri: Thanusha (Contract), Lina (Transit), Razif (Transit), CP (Parking), Farid (Parking), Cheryl (Parking), Elly (Contract), Ming Siang (HOD) dan Irfan (Parking). Dinner ni organized by the boss in recognition for our outstanding achievement untuk tahun 2023 where we managed to achieved most of the KPIs..:-)
Itadakimasu!! Eh silap, tu Jepun. Huhu. Jal-meog-eulge (google translate je..:-p). Around jam 9 malam, all of us get an ice-cream sebagai pencuci mulut before we concluded the event.
Bos belanja. Huhu. Jimat duit makan aku semalam, memang tak makan apa dari pagi tau semata-mata nak kosongkan perut..:-p
Ingatkan dah settle boleh balik, sekali bos ajak ngeteh kat Pelita. Tapi parking penuh so kitorang ke Sembang Matic yang terletak bersebelahannya. Yang ladies semua dah chow dulu, so tinggal yang lelaki je sambung melepak pekena teh tarik. FYI, tempat ni ada variety of food truck yang menawarkan aneka jenis makanan dan minuman.
Yang paling syok, tempat agak strategik boleh dapat view KL Tower. Ada jugak view KLCC tapi agak terhalang dengan Menara BSN tu. Whatever lah, aku just nak minum kopi je. Barai dah wei malam tu. Huhu
Sembang punya sembang tahu-tahu dah jam 11.15 malam. Yang diorang memang drive, aku pulak mintak Irfan drop kat LRT Ampang Park dan sempat jugak naik last train jam 11.45 malam. Pheww.
Sampai LRT Gombak dalam jam 12.05 tengah malam, beli setin Nescafe and terus memecut pulang ke Sungai Buaya. Lalu jalan dalam je, dah lama tak drive kat Rawang Bypass ni. Around 12.40 camtu selamat tiba dirumah, wife and the kids pun semuanya dah tidur.
Yup, itu sahaja cerita malam ni. A very good gathering event yang sudah tentunya penting untuk meningkatkan camaraderie between rakan sekerja dan juga opportunity untuk makan free. Haha. Okaylah, nak sambung fokus tengok Malaysia vs Bahrain ni. Hopefully kita dapatlah kemenangan pertama untuk AFC Asian Cup ni. Amin In Sha Allah.
P/S: Apa benda dengar banyak club nak beli star Newcastle ni. Rumours setakat ni Bruno Guimaraes > PSG, Kieran Trippier > Bayern Munich, Isak > Arsenal. Tak yah lah jual, dah la diorang ni key player. Huhu
No comments:
Post a Comment