Saturday, January 13, 2024

Kisah AKU n Parents-Teacher Meeting @ Little Caliph BSB

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu game EPL Newcastle lawan Mensiti ni rasanya elok jugak menaip, at least takdelah mengantuk. Bukan apa, lately memang aku ni cepat mengantuk. Asal baring je terlelap, tu yang minggu ni langsung tak bukak laptop malam-malam. Faktor umur kot. Haha. Okaylah, nak story sikit pengalaman aku menghadiri parents-teacher meeting dekat sekolah anak aku si Fariq tu.

Seawal jam 9 pagi lagi kami dah sampai, kalau ikutkan turn jam 9.20. Tapi datang je lah awal, takde kelam kabut nanti. Ni tengah tunggu turn parent yang ambil slot jam 9 pagi. Sesinya tak lama pun, limited to 20 minit sahaja since student 4 tahun boleh tahan ramai jugak.
Wife tekun mendengar penjelasan teacher untuk perkembangan Fariq di sekolah. Alhamdulillah ada peningkatan from semester pertama dia kat sini. Well done boy!
Yang budaknya syok pulak bermain dengan kawan tu. Tapi memang komen cikgu yang si Fariq ni kuat main kat sekolah. Haha
Dapat bawak balik report book ni, nanti ingat nak scan before return it back to sekolah. Boleh lah tengok apa lagi yang Fariq boleh improve..:-)
Dalam jam 9.50 pagi kami sekeluarga bergerak ke Rawang, plannya nak ke Lotus since dah janji dengan Fariq nak beli action-figure Kamen Rider. Apebenda lah budak ni, mana ada budak-budak sebaya dia yang tengok KR ni. Haha. Asalnya hari tu aku yang tengok kat laptop, pastu dia boleh tumpang join sekaki. So member pun tetiba je minat. Puas jugak mencari kedai yang jual KR kat Rawang ni, then ada sebuah store kat Lotus Rawang yang memang jual barang-barang dari negara Jepun. Tu yang terus redah je and guess what? Memang ada, banyak pulak tu dengan-dengan aku sekali rambang mata. Haha
Adik Iman beli kasut dan selipar baru. Ada budak dah tak sabar nak bukak mainan dia. Huhu
Fariq ni punya lah takut naik escalator ni sampai dok peluk kaki aku. Iman steady je. Haha
Alang-alang tu singgah brunch di Hailam Kopitiam. Fariq with his new action-figure Kamen Rider Black Sun dan Ultraman Tiga.
Mana makanan ni, lapar dah ni tak breakfast lagi..:-P
Aku pun beli jugak satu. Haha. The original Kamen Rider 1 tahun 1970an. Sebenarnya nak cari Kamen Rider Black RX or Kamen Rider J tapi tak jumpa pulak, since aku membesar zaman KR yang tu. 
Petang pulak bawak anak-anak ke Taman Rampaisari. Dah lama tak datang sini, ada improvement sikit pihak Majlis dah buat jogging trek disekitar taman ni. Also ada penambah-baikan mainan yang ada disini.
Budak ni syok main pasir pulak. Ni baru lepas korek tanah then tanam Kamen Rider aku tu. Siap tabur rumput lagi, ingat tanah kubur ke. Haha
Dalam jam 6 petang, kami sekeluarga menyinggah restoran Mamak berdekatan pekena roti canai dan teh ais before balik rumah.

Itu sahaja cerita malam ni. Aduhh, ada sejam lagi nak tunggu pukul 1 ni. Takpelah jom main Bannerlord dulu, dengarnya ada latest patch update and hopefully ada major changes lah. Ni asyik dok buat minor tweak je baik tak payah. Pfft

P/S; Harap dapatlah something from game malam ni. Tak dapat 3 point, 1 pun jadi lah. Sekarang ni Newcastle dah drop nombor ke-10 dalam liga!

No comments:

Post a Comment