Wednesday, January 31, 2024

Kisah AKU n TNG Parking Appreciation Dinner 2024 Pt. 2

Assalamualaikum,

Malam semalam telah berlangsungnya sebuah event yang julung kali diadakan untuk meraikan business partner TNG didalam sektor Parking. 
Event start jam 7 petang. Unlike last week, kali ni pukul 5 aku baru sampai. Okaylah ada dua jam lagi nak prepare apa yang patut. Huhu
Maklumlah, as a part of organising committee kenalah datang awal sikit untuk buat preparation. Eh ni je ke table? Ya betul in total sektor Parking TNG ada kira-kira 20 system integrator in total. Since event ni ada jugak presentation so kami decided untuk divide the crowd untuk maximise the engagement. Part 1 dah selamat berlangsung 23 Januari hari tu, while this is the second and the final session.
Flower of Four-Season pewter plate, exclusively from Royal Selangor. Ni idea aku tau, kalau ikut bos diorang nak bagi goodies bag produk TNG je. Haha
Buat sound check dulu, tapi kali ni aku tak jadi MC pun. Tu yang pakai santai je takde blazer pun. Huhu
Menu dinner, kali ni kitorang ambil set yang lain sikit. Takkan nak makan lauk sama macam minggu lepas.
Kali ni tak hujan tapi as usual Federal Highway memang memanjang jem. 
Jam 6 petang kami menerima tetamu yang pertama from Wei Long. Cheryl jaga kaunter pendaftaran and at the same time jual Exclusive Black Card TNG. Multitasking kitorang ni. Huhu
Unlike macam minggu lepas yang event terpaksa delay sejam, kali ni ada delay jugak tapi tak lah sampai sejam. Around 7.40 petang acara dimulakan dengan welcoming remarks from MC of the day iaitu aku. Haha. Barai dengan tak rehearsenya. Time tu jugak take note nama dan designation VIP TNG yang datang. Redah je lah..:-p
Opening remarks from our Director - Parking & Transit, Mr Lee Ming Siang.
Followed by presentation TNG Parking Roadmap 2024 oleh Head of Parking, Mr Ng Choon Peng.
Dan final presentation TNG Products sebelum makan malam oleh Mr Kunil Naidu, our Director of Commercial.
Majlis diteruskan dengan upacara Lou Sang tossing ceremony yang diketuai oleh Mr Lee Ming Siang. 
Makan time start jam 8.15 malam. Aku takdelah makan sangat banyak melawat table-table yang ada sambil melayan tetamu yang hadir. 
Untuk pengetahuan untuk session kedua ni ada sepuluh business partner yang terlibat, kira-kira 30+ tetamu jugak malam tu.
Lepas makan majlis diteruskan dengan upacara gift appreciation ceremony yang disampaikan oleh wakil TNG Group kepada syarikat yang terlibat. Ni dah kenapa, ada main rebut kerusi ke? Haha
Huhu takdelah. Sesi bergambar kenangan bersama business partner kami.
Dalam jam 10 malam, we concluded our event. Packing barang-barang and kami bergerak meninggalkan Sheraton around 10.30 pm. Aku hantar Irfan balik rumah dia malam tu kat Sri Damansara, dan aku sendiri selamat tiba di Rawang kira-kira jam 11.30 malam.

So itu sahaja cerita untuk sesi kedua malam apresiasi kami. A very good engagement session to present our roadmap and to appreciate our business partner's support and dedication.

P/S: Saja menaip sambil tengok Newcastle lawan Aston Villa ni. Let's go for a win lads!

No comments:

Post a Comment