Monday, January 8, 2024

Kisah AKU n 1st Week of 2024

Assalamualaikum,

Sebenarnya takdelah cerita sangat, but more to menambah entri je. Biasalah tahun baru, mestilah nak dapat mood menulis tu. Haha
Hari Selasa, 2 Januari start bekerja. Macam haremm jem dia, mungkin sebab bulan Disember orang ramai cuti so kereta pun tak banyak atas jalan.
Selfie pertama di office untuk tahun 2024..:-p
Fariq pun dah start masuk taska semula, tapi Little Caliph ni pakai takwim sekolah so calendar start 1 Mac.
Hari Jumaat lepas aku bawak family ke Eco Shop Bukit Sentosa, beli jiwa dulu since malam tu aku nak jumpa member lama. Macam biasalah, aku ni belum level mahaguru or maulana lagi. Huhu
Malam tu bermini reunion dengan brother Dolah dan Afiq. Dolah yang pickup kitorang katanya rindu nak lepak bertiga. So kami ke Nasi Kandar Saddam Bukit Sentosa malam tu. Lama betul tak gather bertiga. Dolah tu selalu jugak aku jumpa kat masjid, and si Afiq tu pun kekadang if free ada je singgah IMIKA Rawang tu tapi lepak bertiga sekali ni tak silap last kitorang jumpa bulan Mei tahun lepas.
Aku memang selalu datang sini dengan ayah, tu yang recommend port nasi kandar yang boek ni kat diorang.
Lepak sampai jam 11.50 malam jugak, itupun sebab kedai dah nak tutup. Pendek kata kitorang last customer lah hari tu. Sampai depan rumah aku sambung menyembang dalam kereta lagi sampai jam 1 pagi. Haha. Memang banyak benda nak dibualkan, maklumlah dah lama tak jumpa.
Malam Sabtu, derby day Newcastle United versus Sunderland di Stadium of Light, Wearside bagi perlawanan 3rd Round English FA Cup. Ni antara match terpenting bagi peminat-peminat the Magpies. Senang je nak detect fans tu plastic or not, ce korang tanya apa tu Tyne-Wear derby. Kalau tak tahu memang sah baru start nak sokong. Macam aku sedia maklum ada dua derby Northeast melibatkan Newcastle, Tyne-Wear menentang Sunderland, and satu lagi Tyne-Tees lawan Middlesbrough (Boro). 
Dan seperti yang dijangka, our Tyneside menang bergaya digelanggang lawan dengan keputusan 0-3. Gol-gol hasil jaringan sendiri Ballard, dan dua gol from our Swedish striker' Alexander Isak. Tapi tu lah, sekarang ni jarang dapat tengok derby since Newcastle main EPL (1st Tier), while Sunderland dan Boro main EFL Championship (2nd Tier). Seingat aku last Tyne-Wear derby yang aku tengok tahun 2016 yang menyaksikan Newcastle relegated to second tier time tu, ironically next season Newcastle naik balik first tier while Sunderland went relegated and tak pernah naik sampailah sekarang. Huhu
Pagi tadi pulak follow adik dan ayah ke Rawang, member nak buat tinted kat Persona baru dia.
Lama jugak. Pukul 11.30 makan kat Nasi Padang, lepas Zohor sambung ngeteh kat Ali Maju. Rasanya dalam jam 2 petang jugak settle tadi.
Bro Faris beli PC desk baru so dia bermurah hati nak bagi meja dia sekarang. Petang tadi buat spring cleaning sikit kat bilik aku. Katanya esok JNT hantar meja tu. Meja lama bilik aku transfer kat bilik budak-budak ni. Bukan main tersengih lagi sikecik ni..:-p
Untuk malam ni pakai meja Jepun je. Huhu

Itu sahaja ceritanya. 

P/S: Saja nak menaip sambil tunggu FA Cup Arsenal lawan Liverpool. Huhu

1 comment:

  1. fantastic issues altogether, you just gained a logo new reader.

    What might you suggest in regards to your put up that you just made some days ago?

    Any positive?

    ReplyDelete