Tuesday, January 30, 2024

Kisah AKU n Grand Ihtifal Little Caliph 2024

Assalamualaikum,

Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join hari konvokesyenor the Grand Ihtifal Little Caliph of Class 2023. 
Seawal jam 7.30 pagi aku dan family dah gerak since dalam tentatif majlis start jam 8.30 pagi. Sampai di venue majlis yang bertempat di Dewan MPS Teratai, Rawang. 
Ada a few stall yang menjual makanan dan minuman untuk tetamu yang hadir.
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Iman makan muffin ni dulu.
Ada dua branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Reef Rawang dan LC Bandar Sungai Buaya, kedua-duanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING. 
Persembahan pembukaan oleh kesemua murid. Ada penampakan sorang budak comel pakai mafla Palestin kat situ. Huhu
Fokus apa tu?
Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Pengerusi KOBIMBING, ibu-bapa disajikan dengan persembahan murid-murid. Ada persembahan berasingan dari murid-murid 4, 5 dan 6 tahun from each LC. Ni time Fariq dan rakan-rakan from kelas 4 tahun LC Bandar Sungai Buaya membuat persembahan Asmaul Husna.
Beria si kecik ni nak rakam abang dia perform atas pentas..:-)
Dalam jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan sesi penyerahan skrol tamat belajar untuk murid-murid 6 tahun dan juga anugerah murid cemerlang bagi setiap LC. Majlis ditutup dengan persembahan penutup oleh murid-murid yang mendendangkan lagu Atouna El-Toufoule untuk memperingati perjuangan rakyat Palestin.
Ingat nak amik gambar kat photobooth tapi bapak ramai yang beratur. Takpelah next time je. Sempat beli jambangan bunga ni untuk Fariq for his successful one year with Little Caliph. Ada dua tahun lagi nak habis belajar.Bunga ni kena beli dua, karang sorang tak dapat habis mengamuk dalam kereta..:-p
Selfie satu family before balik rumah.
Gerak dalam jam 12.30 petang, menyinggah Marrybrown Sungai Choh untuk lunch before pulang ke rumah. Sampai je memang semuanya terlelap. Penat sangat tu. Huhu
Malam tu keluar ke Bukit Sentosa, restock barang rumah and we had our dinner at Restoran Melor. A new restaurant establishment yang menyajikan good Western cuisine. Memang highly recommended.
Dah-dah pergi tidur semuanya, esok nak sekolah. Tengok tv pulak budak-budak ni..:-p

So tu je lah cerita tentang pengalaman pertama menghadiri Grand Ihtifal untuk anak sulung kami ni. Tak sangka dulu tengok album lama family gambar aku time konvokesyen tadika KEMAS, kira-kira 25 tahun lepas. Well bak kata cerita Lion King, that's our circle of life..:-)

P/S: Petang ni ada dinner lagi. Huhu

No comments:

Post a Comment