Sunday, December 10, 2023

Kisah AKU n Little Caliph Annual Sports Day 2023

Assalamualaikum,

Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join hari sukan my firstborn, Fariq yang mewakili Little Caliph Bandar Sungai Buaya bagi the Little Caliph Annual Sports Day 2023.
Before we start the main entry, tak salah nak share event kat office. Dah lama tak berselfie kat cermin toilet ni. Panjang dah rambut. Huhu. Sepatutnya ada staf baru masuk hari ni, sekali tau-tau dia declined pulak. Main-main budak zaman sekarang ni cari kerja. Pfft
Seawal jam 7.45 pagi aku dan family dah gerak since dalam tentatif majlis start jam 8.30 pagi. Sampai di venue majlis yang bertempat di Dewan MPS Cempaka, Rawang.
Ada a few stall yang menjual makanan dan minuman, ada jugak yang jual tudung dan kasut budak..:-)
Okay, abang Fariq dah masuk jumpa kawan-kawan. Iman relax dulu je lah kat luar ni
Huu, breakfast dulu.
Ada dua branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Reef Rawang dan LC Bandar Sungai Buaya, kedua-duanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING. Tapi sebab yang branch LC Reef Rawang tu agak besar tu yang sampai ada dua pasukan..:-)
My handsome little boy..:-)
Bersedia untuk perarakan masuk. Event bermula dengan bacaan doa, disusuli dengan lagu Negaraku, negeri Selangor dan juga lagu sekolah, Khalifah of Allah.
Selepas bacaan ikrar oleh wakil pelajar dan juga ucapan perasmian from wakil KOBIMBING, majlis diteruskan dengan sesi senamrobik led by the kiddos before memulakan acara sukan pada hari itu.
Duduk bersila kat seat depan untuk memberi semangat dan sokongan kami kepada team LC Bandar Sungai Buaya, khususnya kepada Fariq Ilham.
Haha. Time ni lah tengok anak teruna ni bersukan serius..:-p
Setiap peringkat umur ada tiga jenis game, yang hat game nombor tiga ni kena involve salah sorang parents, either mak or ayah. So kali ni aku sempatlah meluangkan masa ikut sekali, dapat nombor dua tu. Jangan main-main! Huhu
Okay, game Fariq habis dalam jam 11 pagi followed by game untuk student five and six years old. So dapat lah budak-budak 4 tahun ni beratur for aiskrim free
Seronok lah dapat aiskrim, berapa kali beratur semalam. Huhu
Yang sikecik ni pun nak jugak. Iman ni bukan boleh tengok makanan, mesti nak jugak..:-)
Tengok game senior-senior. Kot lah boleh practice untuk tahun depan.
Time ni semua game dah settle, tengok result pun dah tau branch mana yang menang overall. Memang semangat gila cikgu-cikgu and students kat LC Reef Rawang tu.
Sempat lagi main belon budak kecik sorang ni. Haha
Seperti jangkaan aku, LC Bandar Sungai Buaya mendapat tempat ketiga. Tahniah!
Yeay, Iman pun tumpang bersorak jugak.
Fariq bersama his first medal. Semoga ni menjadi yang pertama for many more in your future.
Selfie satu family before balik rumah. Iman acah-acah atlet pulak gigit medal. Pfft

Gerak dalam jam 1.30 petang, sampai ngam-ngam pukul 2pm. Solat Zohor, lunch then semuanya terlelap sampailah jam 5 petang. So tu je lah cerita tentang pengalaman pertama menghadiri hari sukan sekolah anak sulung kami ni. Tak sangka dulu tengok album lama family gambar aku time sukan tadika, kira-kira 25 tahun lepas. Well bak kata cerita Lion King, that's our circle of life..:-)

P/S: Esok Newcastle lawan Spurs, let's recover from our heavy loss hari tu. HWTL!

No comments:

Post a Comment