Sunday, December 31, 2023

Kisah AKU n Memories 2023

Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2023 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2023 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2023 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2023 aku. 

January
CNY 2023 di Melaka. Attend ceramah perdana di Masjid ar-Rahman Kg Pulai.

February
Fariq's warded at KPJ Rawang. Minor surgery melibatkan mulut yang terkoyak akibat dari accident dengan kawan dekat taska.
Seminggu lepas tu, Fariq's first day at Little Caliph Bandar Sungai Buaya.

March
Tanggal 17 March 2023 merupakan hari ulang tahun Iman yang pertama.

April
Alhamdulillah, tanggal 1 April aku memulakan role baru after received my first ever promotion di Touch 'n Go Sdn Bhd.
Quad-birthday celebration. Hari lahir Along 30 Mac, adik 1 April, ayah 12 April dan mak 18 April. Jangan tanya kenapa aku sorang je sesat lahir bulan November, hat tu kena tanya mak ayah aku. Haha
Raya pertama Iman di Perak.

May

2 Mei - hari lahir blog Diarimcbride yang ketiga-belas!
Sambutan Hari Raya di Taska Anakku Sayang.
Rumah aku jadi hos annual Raya celebration family kami tahun ni.
Menghadiri Annual Dinner Rotiboy di Setia City Convention Centre.
Attended a few corporate Raya gathering such as JCorp, Petronas etc.
Menjadi hos TNG Group Raya Open House yang bertempat di MITEC KL.
QuickBI Data Analysis Training di VE Hotel Bangsar South.

June
Kalau bulan dua hari tu Fariq masuk KPJ, bulan Jun ni pulak turn Iman warded di Thomson Kota Damansara.

July
Raya Aidiladha with my small family di Melaka. 
14 Julai 2023 merupakan hari lahir Fariq Ilham yang ke-empat, sambutan bersama ahli keluarga lain dirumah ayah.

August
PRN Selangor yang ke-15. DUN kami PN menang, tapi overall Selangor masih kekal dibawah kepimpinan PKR.

September
Join program Jom Gerak Muhibbah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya yang bertempat di SKBSB.
Minggu seterusnya, kami sekeluarga participated didalam Sambutan Perdana Maulidur Rasul di Bandar Sungai Buaya, join sekali team perarakan Presint 11 Taman Mawarsari.
Bulan September merupakan bulan pertama Newcastle United memulakan cabaran di UEFA Champions League. Of course, baru-baru ni kami dah pun tersingkir dari kejohanan elit yang paling prestij di peringkat Eropah ni. Takpe, kita cuba lagi nanti sebab nak kata tahun depan dapat masuk pun belum tentu. Sekarang pun dok nombor 9 kat liga. Haha

October
Selamat Hari Lahir ke 26 to my beloved wife, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Amin In Sha Allah


November
TNG Group Annual Dinner at W Hotel KL.
10 November 2023 was our fifth anniversary. Alhamdulillah, semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Dah dua orang anak tu..:-)
Tahun ni sahaja empat orang ahli keluarga aku warded. Start dengan Fariq, Iman dan mak yang menjalani major lumbar spine surgery mid-November hari tu. Yang laing latest masuk ward ialah ipar aku, Syazwan kena batu karang.
B&G Away Day @ Amverton Cove Pulau Carey. Ada sesi brainstorm untuk business plan tahun depan, serta CSR event di Pantai Kelanang. Of course, malam tu ada sesi karaoke bersama rakan-rakan sekerja yang rapat dengan aku..:-p
26 November 2023 merupakan hari lahir aku yang ke-31, disambut dengan simple dekat rumah je since Fariq kena kuarantin chicken-pox.

December
Little Caliph Rawang Annual Sports Day 2023 di Dewan MPS Cempaka Rawang. Our first ever experience join hari sukan anak. Huhu
Iman selamat berkhitan.
Dan menutupi tahun 2023, aku dan keluarga menghadiri Program Ambang Tahun Baru anjuran Masjid ar-Rahmah Sungai Buaya.

Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2023 merupakan tahun ketiga-belas aku dalam industri blogging ni. Tahun ni total post ngam-ngam sama, 61. Okay lah tu, sebab aku target habis-habispun entri 50 je setahun.
  2. Kerjaya2023 merupakan tahun keempat aku di Touch 'n Go. A fairly good year, with a few T5 achievement, but ada jugak KPI yang kelaut. Tengoklah tahun depan bulan Mac camna, ada increment ke? or ada promotion lagi ke? Huhu
  3. FamilyTahun ni unfortunately kami sekeluarga tak dapat buat our annual vacation atas beberapa faktor.               
            Dari tiga azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2023 aku ni mostly tercapai. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2023 ni and of course I'm expecting 2024 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            P/S: Ngam-ngam dah nak masuk tahun baru aku publish final post of 2023 ni.

            No comments:

            Post a Comment