Assalamualaikum,
Sebentar lagi kita akan menutup tirai tahun 2023 dan sudah tentunya, akan memasuki tahun baru 2024. Aku pulak sekarang ni bertungkus lumus nak menyudahkan dua entri penutup tahun ni. Entri pertama malam ni aku nak berkongsi menyambut ambang tahun baru.
Pagi tadi, seperti yang dirancang aku dan family meluangkan masa ke Masjid ar-Rahmah Sungai Buaya untuk menghadiri program ambang tahun baru yang dianjurkan pihak masjid. Member aku si Dolah tu yang share dalam group, while of course wife aku pun tahu jugak pasal event ni since dia memang ada dalam group Muslimat masjid ni..:-)
Seawal jam 10 pagi lagi kami dah berada di perkarangan masjid. Ada beberapa peniaga membuka stall jualan. Sebenarnya event ni bermula jam 9 pagi dengan majlis aqiqah perdana, tapi since aku pun tak terlibat tu yang datang lewat sikit.
Ada jugak aktiviti memanah dan paint-ball. Tapi aku tak main pun pagi tu sebab memang penuh dengan pengunjung yang nak mencuba pengalaman memanah ni..:-)
Beli light breakfast untuk anak-anak since ada beberapa lagi aktiviti before makan tengahari yang dijadualkan kira-kira jam 12.
Ada beberapa kaunter yang dibuka oleh NGO contohnya BDS Malaysia, Lembaga Zakat Selangor, serta kaunter saringan kesihatan oleh dan juga kaunter pelupusan Al-Quran.
Confirm lah jumpa brother Dolah ni, family dia orang kuat masjid ni. Huhu
Aktiviti pagi bermula dengan Solat Dhuha dan disusuli dengan ceramah perdana oleh BDS Malaysia yang mengetengahkan isu Palestin-Israel dan kepentingan menyokong gerakan BDS secara amnya merupakan solidariti terhadap perjuangan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan dalam bentuk boikot (boycott), pelupusan (divestment), dan sekatan (sanctions).
Dalam jam 12.30, pengunjung disajikan dengan jamuan mega yang dimasak oleh pihak masjid.
Sambil tu anak-anak bukan main leka lagi tengok pre-love toys. Apa benda Fariq, kat rumah punya banyak mainan, ni nak amik mainan lagi. Haha.
Elok pun diorang leka kat sini, dapatlah aku dan wife makan dengan aman. Huhu
Muka tak puas hati tu kena kongsi aiskrim dengan adik Iman..:-p
Selepas solat Zohor, ada cabutan bertuah. Macam biasalah aku ni mana ada luck, hari ni nombor kena petik tapi time kena panggil tu aku kat toilet pulak. Sudahnya nombor pun disqualified. Sobs
Sempat lagi layan si Fariq ni nak main paintball.
While aku pulak cuba try memanah. Biasa memanah dalam game, laa ni try hat yang real punya baru tahu susah jugak.
Dalam jam 2 petang, kami pun bersiap nak balik rumah. Sempat lagi beli diorang pau aku aiskrim. Huhu
Selepas solat Maghrib, ada Tausiah Iman yang disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Muhadir Haji Joll.
Sesi tausiah bersurai kira-kira jam 9.30 malam dan disusuli dengan solat Isyak sebelum jamuan makan malam. Sempatlah berselfie dengan anak-anak sementara wife makan. Macam biasalah dah ada anak ni, kena ada shift, buat pulak memang ramai orang tadi so agak tak praktikal kalau nak makan dengan budak dua orang ni.Marvelous betul kari kambing, ada jugak kambing golek. Tak silap aku Dolah kata ada 10 ekor kambing jugak yang disembelih time majlis aqiqah perdana awal pagi tu.
Before balik wife ajak menyinggah stall jualan makanan sunnah yang masih lagi tak tutup since pagi. Actually nak restock kekacang, kismis dan juga manisan yang selalu budak-budak ni makan before kesekolah.Bergambar kenangan bersama Dolah, yang budak sorang tu apasal terenterframe pulak. Haha
Sudah tentu gambar kenangan bersama isteri dan anak-anak sebagai penutup event 2023 kami.
Ya, that's the wrap for this entry. Akan ada satu lagi entri penutup iaitu highlight dan memori tahun 2023 ni sebelum kita melangkah ke tahun baru 2024. Stay tuned!
No comments:
Post a Comment