Thursday, December 28, 2023

Kisah AKU n Cuti Xmas 2023

Assalamualaikum,

Early this week aku spend time with family di Melaka time cuti Krismas. Dah lama tak balik sana, tu yang ikutkan je request from my wife, anak-anak pun nak balik jugak dah lama tak jumpa sepupu diorang.
Pagi Sabtu seperti yang dirancang, aku dan family bergerak pulang ke Melaka sekitar jam 10 pagi Memang silap besar gerak time tu. Pfft
Sampai jam 4 petang beb! Freaking 6 hours!!
Lepas Asar tu aku cari bantal je. Tak kisah lah orang kata tidur pas Asar boleh buat gila, aku memang dah mengantuk gila..:-p
Petang tu memang tak kemana pun, tengok budak-budak ni bermain permainan tradisional such as baling selipar etc.
Solat Maghrib di Masjid ar-Rahmah Kg Pulai. Macam biasalah pergi dengan Zed lepastu ngeteh dekat Serkam Darat.
Petang Ahad wife bawak anak-anak dan juga adik-adik dia ke Pantai Siring. Aku tak join pun sebab terlelap lepas Asar tu, tau-tau dah hilang semuanya. Haha. Tapi memang asalnya dah plan nak kesini since Fariq dok tanya aku pagi tu.
Sempat jugaklah budak dua orang ni main pasir pantai + mandi air laut hari tu.
Merenung masa depan..:-)
Dah kenapa tu? Haha
Malam tu aku mengeteh sorang je since Zed dan family celebrate birthday bapak dia kat Medan Ikan Bakar Serkam. Takpelah, yang penting dapat jugak aku merasa Mee Bandung Muar makcik malam tu. Huhu
Pagi Isnin tu aku bersama Ibrahim sempat menghadiri majlis tahlil sedara mara kami kat sini.
Yang si kecik ni memang asal kenduri je nak join aku. Elok lah tu, make sure kekal sampai Fariq dah besar nanti lah ye..:-)
Wife dan ipar bawak anak-anak buah ke Merlimau petang tu, ada grand opening store EcoShop baru kat situ. Memang confirm kena pau lah dengan budak-budak ni. Aku tak join sebab nak berehat, malam tu nak drive balik, sebenarnya memang tak nak pergi pun nanti kena pau. Hehe
Malam hari Isnin tu aku bergerak kira-kira pukul 11.45 malam dari Serkam. Apa kono gerak lewat sangat tu?
Ni lah dia. Tol free beb! Mana boleh dilepaskan peluang ni, at least jimat another RM25! Yang eloknya budak-budak pun tidur je dalam kereta, aman sikit drive. Haha
Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Sungai Buaya sekitar jam 2.15 pagi. Memang lancar betul trafik malam tu, in fact lagi smooth dari time-time yang biasa aku balik.
Jam 10 pagi hari yang sama. Reporting to duty. Huhu. Kerja beb, nak cover dua colleagues yang bercuti sampai new year.
Ya, itu sahaja lah cerita malam ni. Selamat Hari Natal kepada rakan-rakan yang beragama Kristian. Semoga musim perayaan ini memberikan kenangan indah dan kebahagiaan untuk kamu semua. Merry Christmas!

P/S: Newcastle kalah lagi, kali ni menentang Nottingham Forest dan lebih teruk ianya berlaku at our fortress St James Park. SeriouslyWor Eddie kena fikirkan taktikal dan strategi yang fresh sebab nampak macam lawan dah boleh baca dan exploit kelemahan kita. Apa-apapun don't give up and let's improvise. HWTL!

No comments:

Post a Comment