Minggu wedding betul, dua hari ni je ada dua majlis yang aku attend..:-)
Semalam aku sempat meluangkan masa menghadiri wedding anak jiran, Tn Zaimi yang berlangsung di Banquet Hall Umi Farsha di Sungai Choh, Rawang. Tak jauh pun, ada lah dalam 10 minit driving.
First time aku datang dewan ni. Dulu adik si Dolah tu kahwin kat sini jugak tapi aku tak dapat join time tu. Tak silap Iman baru lahir rasanya.
Of course yang paling seronok si Iman ni lah. Sejenis extrovert girl yang suka dengan orang ramai..:-p
Fariq boleh terjumpa member LC pulak kat sini.
Ayah pun join sekali, dah duduk pun satu taman..:-)
Haha, dua-dua tergamam tengok pengantin berarak masuk. Ohh pasangan pengantin yang diraikan pada hari Sabtu tu ialah Zahirah dan Hilmi. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin
Eh-eh budak ni kemain berjoget sakan dengar lagu Zapin. Haha
Yang dua orang ni boleh main kereta pulak..:-p
Dalam jam 2 petang kami beransur pulang. First time dapat doorgift camni. Thanks ya.
Petang semalam pulak, aku dan family berkesempatan attend satu lagi wedding anak jiran iaitu anak sulung kepada Ustaz Mahyudin yang juga merupakan imam surau taman kami. Kali ni event berlangsung di Dewan Banquet Udaimatunnur Bukit Sentosa. Macam familiar je nama dewan ni kan? Haa, mestilah familiar. Ni lah dewan majlis kahwin aku dan Ija kira-kira lima tahun yang lepas.
Ayah pun confirm-confirm lah ada, maklumlah jemaah wajib surau. Hehe
Actually ni merupakan wedding pertama yang aku attend kat sini, dulu duduk atas pelamin. Dapat lah merasa jadi tetamu pulak. Pengantin kali ni ialah pasangan Fawwaz dan Raihan. Fawwaz ni member sekolah adik aku dulu, tapi dia pulak yang tak datang. Pfft.
Macam biasa budak sorang ni paling excited.
Yang sorang ni memang jenis introvert, tapi kalau ada aiskrim member ni okay lah..:-p
Ohh lupa pulak nak inform, majlis tadi memang syariah-compliant. Makan asing-asing gitu, untuk muslimin di bahagian luar dewan dan juga sebahagian kafe Santai Klasik ni, while untuk muslimat pulak didalam dewan. Tu yang takde gambar wife tu.
Haa baru ada. Nasib baiklah dapat wife yang independent camni, tau bawak diri. Huhu
Lepas Zohor, menyinggah restoran Salam Sentosa. Maklumlah biasa wedding pekena teh tarik, laa ni dah habis pulak. Tapi bila sampai lain pulak yang diordernya. Huhu. Extra Joss Anggur satu!
Okay lah, itu je cerita minggu ni. Game Liverpool dengan MU ni dah nak start ni. Got to go, aku memang suka busy-body tengok game diorang ni. Haha
No comments:
Post a Comment