Monday, November 27, 2023

Kisah AKU n Happy Birthday 2023

Assalamualaikum,

Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.


Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2024 ialah hari ulangtahun aku yang ke 31. Untuk tahun ni, yang pertama wish ialah mak ayah dan adik beradik followed by wife dan anak-anak. Other friends termasuklah dari group Lepak SajePenyet Deq serta beberapa orang rakan di FB dan LinkedIn.

Unlike the past two consecutive years dimana aku sambut di Setia City Mall, tahun ni terpaksa buat dirumah je since anak lelaki aku si Fariq tu kena chicken pox pulak. Sudahnya kena kuarantin, so petang tadi aku keluar sekejap beli juadah sikit di Bukit Sentosa. Sampai rumah sekitar jam 7 petang aku terus mengemas sikit ruang tamu. Maklumlah bila dah ada anak kecik tu memang dah macam tongkang pecah lah ceritanya.

Setup meja makan. For this time around, aku beli my favourite fast-food sejak kecil lagi, KFC. Memang dah jadi tradisi famili kami dulu pun if birthday memang akan sambut direstoran yang terkenal dengan ayam goreng ni. Apa benda semua birthday boy yang setup ni? Haha

Lepas Isya, kami start our program. Tapi macam biasalah menunggu the ladies bersiap, yang jantan ni beraksi depan kamera dulu.

Sempat lagi layan kartun

Snap gambar wife dan anak-anak dulu.

Aku and the kids.

Ambil gambar family pulak before makan malam dan selanjutnya.

Fariq dah tak sabar nak makan nugget favourite dia tu.

Selfie dengan wife satu kali.

Satu lagi gambar ye before kita open table.

Hadiah birthday aku tahun ni from KFC. Baucer discount, RM22 untuk dua snack plate. Biasa standard price RM18 per snack plate. Okaylah dapat jimat RM14!

Untung jadi aku ni. Tak amik port pun pasal kek ni. Beli 7e punya sponge cake pun setel. Haha

Okay, jemput lah makan semua. Dalam jam 9.30 tu majlis kecil kami settle, sambung tengok movie dekat our living room before semuanya ketiduran. Aku pulak memang terjaga sebab tengok EPL Newcastle menentang Chelsea yang berakhir dengan kemenangan 4-1. Memang birthday gift terbaik malam ni.


So, 31. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun keeempat di Touch 'n Go dan of course dengan role yang berbeza dari tahun lepas. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama isteri, Ija dan dua orang anak kami, Fariq dan Iman. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment