Monday, November 6, 2023

Kisah AKU n TNG Group Annual Dinner @ W Hotel KL

Assalamualaikum,

Sambil tengok Liverpool lawan Luton ni, elok jugak aku update dulu satu event yang aku attend hujung minggu ni.

Semalam aku berkesempatan memenuhi undangan bagi Annual Dinner TNG Group yang bertempat di Hotel W Kuala Lumpur di Jalan Ampang. Seawal jam 4.30 petang aku dah bergerak dari rumah, maklumlah duduk kat gua. Huhu

Sampai parking jam 5.30 petang, chill dulu dalam kereta sambil menunggu dua orang member. Macam biasa snap gambar tiang takut sesat pulak. Haha

Tema dinner kami ialah Blast From The Past, iaitu retro night! Tak kisah lah korang nak dress up style 50s ke, 60s ke, 70s ke or even 80s. Semuanya welcome malam tu, jangan tak berbaju sudah lah..:-P

Macam biasalah, aku ni kalau ada dinner memang taklah nak beli or sewa baju. Pakai apa ada dalam wardrobe and mix-match je. Malam tu aku menggayakan my black blazer, berserta cardigan vest. Ingat nak pakai scarf buat wrap tengkuk, tapi malas lah nak berbalut-balut ni. Huhu

Form right to left: Nuh, our B&G DCORO bersama Razif, Lead-Transit.

Pemandangan luar menghadap Menara KL. Hotel ni memang strategik lokasinya, iaitu berhadapan the famous KLCC yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. It's a five-star hotel dengan starting price around RM1k per night!

Dalam jam 6.30 petang, ruang luar event mula penuh dengan staf-staf yang baru sampai. Untuk pengetahuan, event ni menggabungkan tenaga kerja from both Touch 'n Go Sdn Bhd dan TNG Digital Sdn Bhd.

Masuk main hall around 7pm. Dalam gambar, Mr CP - Head of Parking a.k.a my boss..:-)

Ada dalam 50+ table jugak malam tu yang dikhususkan untuk staf-staf unlike macam annual dinner company wife dulu yang menggabungkan staf HQ, outlet dan juga francais-francais Rotiboy.

Event bermula jam 7.30 petang dengan opening show from senior management TNG Group. Sporting betul diorang ni boleh berdansa atas pentas. Maklumlah dah tema pun retro, mestilah mengimbau kenangan mereka yang rata-rata lahir dalam era tu 

Disusuli dengan ucapan oleh both CEOs, Mr Praba Sangarajoo dan Mr Alan Ni.

Tak sabar nak menunggu makanan tu. Food kat sini served every half an hour dimana ada pelayan yang akan hantar makanan direct ke pinggan korang.

Selfie bersama member. Diorang dua orang ni antara member rapat aku kat TNG ni, antara ahli "Balai Rangers" with another one of our friend, Irfan yang tak hadir sebab tengah bercuti kat Ozy sekarang. Why "Balai Rangers"? hehe, sebab dekat office ada satu court sebelah balai polis. Tempat tu port kitorang lunch hari-hari..:-p

Dalam pukul 9pm, keluar sekejap nak stretch badan. Ikut tentatif event habis jam 11 malam. Beratur untuk beraksi di Rotating Camera booth ni.

Masuk main hall semula untuk layan finale TNG Got Talent. Ada empat perserta yang mewakili rumah sukan masing-masing. Macam dalam gambar ni, team Love iaitu team rumah sukan aku yang berhasil dapat tempat ketiga acara persembahan.

Makan main course sambil tengok upacara lucky draw. Ada close to 200 nama kena petik. 100 for baucar Starbucks, another 100 for baucar Decathlon, dan bakinya untuk beberapa prize such as barang-barang kelengkapan rumah Dyson, Samsung Smart Watch & TV, dan juga grand prize iPhone 15. Tapi macam biasalah, aku bab-bab lucky draw ni memang tak pernah bernasib baik. Haha

Persembahan penutup oleh band malam tu, The Acoustics dengan lagu Bermulanya Disini. Alah lagu yang ada lirik "sama-sama, mengejar mimpi, sama-sama, gunung didaki.." :-)

Dalam jam 11.15, event bersurai. Terserempak dengan colleagues from TNG Digital, Hazwan dan Jon yang handle parking, so banyak jugak berurusan dengan diorang berdua ni.

Sebab ramai sangat dok menunggu lif, aku decided untuk guna tangga je turun from Level 9 to Level 3. Relaks lah, hari-hari berjalan 800m nak ke office, takkanlah yang ni pun semput. Huhu

Tapi tu lah, 11.30 aku masuk kereta tengok WS ada member cakap jangan gerak dulu sebab ada police roadblock kat Jalan Sultan Ismail so jem tu membawak ke Jalan Ampang. Aku lepak dalam kereta je, sambil tengok orang lain sangkut. Dalam jam 12.20 tu baru aku gerak after dah clear. 

Jalan pun clear malam tu walaupun hujan, around jam 1 pagi aku dah sampai R&R Rawang untuk refill minyak dan beli stok untuk tengok EPL malam tu. Alhamdulillah, home win untuk Newcastle menentang Arsenal. Next, kita akan bertandang ke Signal Iduna Park untuk lawan Borussia Dortmund pulak. Let's avenge our lost last week.

Okaylah, itu je cerita malam ni. Saja update, boring tengok game ni. Harap-harap si Lipop ni kalah lah. Haha

P/S: It's amazing bila tengok perjalanan Newcastle season ni. Despite almost 10 injuries! We still managed to bertahan at Top 6 EPL, still fighting in UEFA Champions League dan juga terbaru, melangkah ke quarter-final EFL Cup. Good job Wor Eddie and the team. HWTL!

No comments:

Post a Comment