As the title suggested, malam ni aku nak share sedikit cerita tentang family. Minggu ni mak aku ada major operation di Hospital Sungai Buloh. Operation apa? Lumbar spine surgery untuk masukkan implant untuk menyokong tulang belakang mak aku.
Sekitar jam 8 pagi, mak dan ayah masuk untuk pendaftaran dulu. Muka ngantuk sebab tengok EPL awal pagi tu. Dah la kalah. Phew
8.30 pagi dah dapat katil. Operation dijadual berlangsung hari Selasa, pukul 11 pagi.
Isnin - seawal jam 6.30 pagi lagi kami dah bergerak ke Hospital Sungai Buloh. Nak avoid jem, and most importanly cari parking yang strategik.
Singgah breakfast di Teh Tarik Kopitiam diperkarangan lobi hospital.Sekitar jam 8 pagi, mak dan ayah masuk untuk pendaftaran dulu. Muka ngantuk sebab tengok EPL awal pagi tu. Dah la kalah. Phew
8.30 pagi dah dapat katil. Operation dijadual berlangsung hari Selasa, pukul 11 pagi.
Sempat selfie dulu before aku dan ayah bergerak pulang.
Petang tu aku ditemani ayah dan adik pergi melawat, sambil menghantar barang-barang keperluan.
Time-time ni lah nak jem pun. Pfft
Melawat sesi petang ni dapat lama sikit from jam 4.30 ke 7 petang. Cuma time nak naik dengan turun tu masak jugak nak menunggu lif, kalau aku sorang memang pakai tangga je. Apa lah sangat naik tangga tingkat dua ke lima. Huhu
Lepas Maghrib balik rumah.
Singgah makan di R&R Rawang sambil menyembang plan seterusnya.
Hari Rabu aku dah start masuk kerja balik. Tapi memang minggu ni dapat pelepasan balik awal, pukul 3 petang biasanya aku dah gerak. Balik Rawang dulu pickup adik and the kids, then ambil wife before memecut ke Sungai Buloh untuk kejar waktu melawat
Biasa memang sempat je sampai dalam pukul 6. Okaylah dapat spend masa sejam dengan mak.
Bebudak dua orang ni tak dapat masuk sebab bawah umur. So ganti-ganti lah jaga.
Macam biasa singgah R&R Rawang dulu untuk makan malam before balik rumah. Dah kenapa tu peluk tiang?
Tak nak balik katanya nak main kat playground sini. Huhu
Okay dah lah tu, jom balik. Abah penat dah ni Iman..;-p
Khamis aku datang sorang je. Sampai HSB pukul 4.30 terus naik atas melawat, a few minutes pastu Acu Nani pulak datang. Tak lama pun, dalam setengah jam camtu then terus ke Rawang ambil wife from kerja.
Setakat ni belum ada date untuk discharge lagi, tapi dengarnya Sabtu ni dah boleh keluar depends on condition mak lah. Okaylah aku nak kena tidur awal ni, esok nak drive awal pagi ada kursus kat Pulau Carey. Till then take care semua.
P/S: Ni lah first time aku harap international break lama sikit, sebab Newcastle punya list injured ni semakin bertambah pulak..:-(
No comments:
Post a Comment