Monday, October 30, 2023

Kisah AKU n Majlis Dzikir & Maulid Rasul @ Masjid ar-Rahman Merlimau.

Assalamualaikum,

Minggu ni aku dan keluarga berkesempatan balik kampung di Melaka. Lama jugak tak balik, rasanya last bulan Julai hari tu.

Jumaat aku dan wife ambil cuti, kami gerak from Rawang sekitar jam 10 pagi. 
Boring lah tu duduk dalam kereta. Haha. Nak tahu jam berapa sampai Melaka? Pukul 2.30 bhai!!
Sampai je aku terus grab laptop, tengok kerja apa yang ada. As usual, walaupun cuti takde siapa yang cover pun. Tengok email BAU semua left unattended, tu yang pulun kasi settle jugak.
Budak-budak ni tolong nenek cuci lantai luar. Sudahnya semua basah. Haha
Balik ni pun ada reason. Malam tu kami berempat ke Masjid ar-Rahman, ada Majlis Dzikir & Maulid Rasulullah SAW dan juga aqiqah anak menakan aku yang terbaru, Ahmad Muslim dan Muhammad.
Dah ada bumbung kat sini, dulu pakai kanopi je.
Bukan main syok si Fariq tu berlari-lari. Maklumlah masjid besar, buat pulak ada geng
Sepupu lain pun ada jugak, ye lah dah sekali majlis aqiqah adik diorang. Takkan lah duduk rumah kot. Huhu
Makan biskut..:p
Ni pun sorang lagi yang diraikan hari tu, Muhammad, anak sulung Ibrahim.
Sempat melawat gerai-gerai F&B yang disediakan. Ingatkan free. Huhu
Lepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan dzikir selawat oleh pelajar Tahfiz, kemudian bersambung dengan tausiyah yang disampaikan oleh Habib Ahmad Hassan Al-Jufri, Habib Musthofa Abdul Wahab Alhaddar, Syeikh Toha Abd Hamid Hamadi.
Gambar ni abah ambil. Nampak tak brader pakai kopiah merah yang tertunduk tu. Haa, tu lah aku..:-p
Majlis disempurnakan sekitar jam 10.30 malam disusuli dengan jamuan makan talam.
Sabtu chill kat rumah je sambil tengok anak-anak main dengan cousing. Pada masa yang sama main COD Mobile. Sekarang ni tak pakai skin Captain Park dah. Huu. Dapat skin baru Captain Hakan "Demir" Pala. Memang mantopp, dah lama tak merasa 10 win streak and yang paling penting, MVP!!
Petang lepas Asar dah ready nak ke pantai. Hujan pulak, sambung tengok bebudak ni mewarna.
Pastu dapat greenlight main hujan. Takde lah mandi hujan sangat sebab dah berhenti pun. Basah pun sebab diorang main pistol air, aku pun join lah jugak..:-p
Seperti biasa solat di surau depan rumah dulu before melepak dengan brother Zed after selesai Isyak.
Pagi Ahad kami berempat pulang ke Rawang around 10.30 pagi. Jalan memang clear, sampai Rawang jam 1.15 petang camtu. Menyinggah lunch dan pergi Eco Shop before pulang ke Sungai Buaya. 

Okaylah, saja je nak menaip malam ni. Minggu ni kita expect minggu yang busy since kena cover colleague yang bercuti oversea, takut busy sangat sampai tak menyempat nak update pulak. Huhu

P/S: Newcastle draw semalam against Wolves. A painful match to watch, tapi kita faham EH nak prepare team untuk lawan MU dalam EFL Cup hari Khamis, 2 November. Memang bertimbun  squad injuries - Botman out, Isak out, Murphy out, Barnes out, Anderson out, Miley out dan of course Tonali yang officially kena banned sampai August tahun depan. Sobs. Good things we still have most of our regular eleven, cuma squad depth a lil bit critical.

No comments:

Post a Comment