Sunday, October 8, 2023

Kisah AKU n Happy 26th Birthday, Dear

 Assalamualaikum,

Baiklah, as the title suggested. Pagi ni nak share our modest birthday celebration to my beloved wife yang baru sahaja menjangkau umur 26 tahun pada 7 Oktober 2023. So, semalam kami sekeluarga ke Setapak Central Mall. Aku sebenarnya tak gemar sangat nama baru mall ni, so untuk entri ni aku akan gunakan nama lama iaitu KL Festival City. Camna boleh sampai sini bro? Cam biasalah wife aku suka survey indoor playground untuk anak-anak dalam Tik-Tok, so dia kata nak pergi sini pulak. Aku pun on je lah demi birthday girl dan juga the kiddos..:-)
Gerak dari Rawang jam 11.30, dan sampai kira-kira jam 12.30. Setibanya kami disini, terus ke Wan To Play Space iaitu sebuah indoor playground berkonsepkan angkasa lepas, memang sesuai untuk budak-budak bermain. Nak kata luas tu tak jugaklah, tapi nak kata cramp pun tak lah padat sangat. Entrance fees RM45 (full-day) untuk kanak-kanak atas 2 tahun, additional RM8 untuk guardian. Okaylah. Memang amik full day pass je, boleh sambung main lepas shopping, makan etc.
Sedikit photo dalam playground ni. Memang betul bertemakan spaceship..:-)
Macam-macam jenis permainan ada kat sini.
Kapten Fariq, reporting for duty.
Eh ibu, apa benda yang bulat-bulat tu?
Dah tentunya permainan favourite Iman.
Main kat sini pulak. Kat sini yang lama, sebab anak-anak suka main dengan biji-biji tu. Kat rumah suka sangat selongkar container beras. Haa, main lah korang kat sini..:-p
Tak playground lah kalau takde gelongsor..:-)
Steady kaler matching. Huhu
Permainan yang melatih fokus kanak-kanak, dan juga bapak kanak-kanak. Sebab yang ramai bapak budak je main tadi. Haha
Vroom-vroom~
Tang sini memang penuh, tu yang bila kosong tu kita grab terus.
Haha. Sekali sekala nak merasa.
Selepas puas bermain half-time, kami lunch di Kenny Roger Roasters, one of our family's favourite restaurant. Correction. My wife and our kid's favourite restaurant. Huhu. 
Eh si Fariq ni pulak yang makan kek aiskrim ibu.
Happy Birthday to my beloved wife, Siti Khadijah Bt. Ahmad. Semoga sentiasa menjadi ibu terhebat untuk Fariq & Iman serta isteri terbaik bagi Farid. Abang selalu doakan agar kita terus dimurahkan rezeki dan harapnya akan jadi lebih baik. Thanks for being my great wife. I love you so much..:-)
Lepas makan, kami solat Asar dulu before sambung masuk playground. Bebudak ni je yang aktif lagi.
Mak abah diorang dah lemau. Huhu
Okay, ada sorang budak dah nak tido. Jom lah kita ke aktiviti seterusnya, yakni yang terakhir untuk hari tu.
Before balik, sempat ajak wife shopping bersempena hari jadi dia. Satu benda yang aku belajar bila dah kahwin ni. Takde maknanya nak buat surprise gift kat wife, so eloklah time celebrate tu bagitau yang aku bayar apa yang dia nak. Confirm-confirm memang barang tu dia yang pilih, so probability untuk dia pakai tu tinggi lah daripada terperam dalam almari. Huhu
Ada budak dapat mainan pistol jugak. Untunglah setiap minggu ada mainan baru. Pfft
Dalam pukul 6 petang, kami pun beredar meninggalkan KL Festival City. Dah agak memang jem, tapi apa boleh buat, kasi redah je lah..:-p

Itu sahajalah cerita aku menyambut birthday wife yang dah 26 tahun ni. Simple je kan, sebab that's our way of life. Tak perlu ikut orang (especially influencer or instafamous segala bagai tu) buat birthday party lah, or hadiah surprise yang tak payah ceritalah harga dia kan. Key point dia senang je - jangan mendongak keatas, tapi menunduklah kebawah supaya kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

P/S: Awat diorang tukar nama mall ni eh?

No comments:

Post a Comment