Tuesday, May 30, 2023

Kisah AKU n UCL, Here We Come!

Assalamualaikum,

Ya betul, Ahad lepas merupakan match terakhir EPL bagi musim 2022/2023. Last game kot, mesti lah kena tengok. Tapi memang aku tak pernah missed game Newcastle pun season ni.


Mestilah kena berselfie dengan jersi Newcastle ni untuk mendapatkan vibe final game. Huu. Kali ni aku menyarung jersi Newcastle tahun 2003 sebagai simbolik 20 tahun aku menyokong the Magpies ni. 


Alhamdulillah, Newcastle draw dalam perlawanan terakhir EPL season ni dengan keputusan 1-1 di Stamford Bridge menentang team yang sedang bergelut, Chelsea. 
Ni merupakan full season Newcastle dibawah kendalian Eddie Howe bersama assistant coach, Jason Tindall, dan after 38 games, team kesayangan aku ni menamatkan saingan di tempat ke-4! Not bad untuk kelab yang baru 18 bulan bertukar pengurusan dan owner.
Dan of course, di tempat keempat sudah cukup mengesahkan slot UEFA Champion League bagi Newcastle United, the other three teams are Manchester City, Arsenal dan Manchester United. Yang manisnya, ni merupakan penyertaan ketiga the Magpies didalam UCL dimana our last entry was 20 years ago iaitu pada tahun 2002. Ngam-ngam je, time tu tak silap aku team kami was managed by the great Sir Bobby Robson cuma sayangnya hanya mampu beraksi diperingkat kumpulan sahaja. Siapa sangka berjaya jugak kami tamatkan liga di tangga ke-4 dengan cemerlang. Joint least goal conceded (33) bersama Manchester City, joint least defeat (5) with Arsenal and a record breaking 71 points! 

Thank you to Wor Eddie and the players for a memorable season. Banyak player yang perform season ni , bukan new signing je yang mantap. Player sedia ada pun macam brand new signing. Overall memang puas hati, this is the best day of my life being Toon Army since 2002. 

Ooh, special thanks jugak to our owner yang membuatkan mimpi kami jadi realiti, credit to Wor Chairman, Mr Yasir Al-Rumayyan dan juga co-owners; Mehrdad Ghoudossi, Amanda Staveley and Rueben's brother. Without the takeover dan juga investment from them, mana mungkin kami yang penyokong setia ni dapat enjoy musim yang gemilang ni. Bayangkanlah, tak sampai dua tahun - Newcastle berjaya dapat nombor 4 dan layak UCL secara merit, tak lupa jugak masuk final dan jadi runners-up EFL Carabao Cup hari tu cuma hard luck kalah dengan MU. Before start season 2022-23 aku pernah taip entri, target UEFA Conference League pun dah cukup, tapi the lads overachieved sampai masuk UEFA Champion League terus!

Tidur senyum malam ni bhai. Hehe. Tahun depan kena biasakan diri berjaga malam untuk game UCL. Huhu.

P/S: Okay EPL dah habis, lepas ni layan Liga Malaysia lah. Selangor pun sedap main tu, sekarang di tempat kedua.

No comments:

Post a Comment