Sunday, May 7, 2023

Kisah AKU n Syawal 2023 - Day 12

Assalamualaikum,

Ada entri Raya ke ni bro? Biasanya title start dengan Syawal 2023 ni cerita pasal Raya je. Ya betul, malam ni aku nak share satu event tahunan family Tn Gani when it comes to bulan Syawal. Cuma kali ni kami buat kelainan sikit, biasa buat kat rumah family tapi this time anak nombor dua dia ni yang jadi tuan rumah. Yep, that's me lah. Huhu
After Maghrib, aku dan wife buat final touch up sebelum kami membuka rumah malam tu. Katanya diorang nak datang lepas solat Isyak.
Setting lagu Raya sikit bagi naik mood Raya. Siap buat backdrop dengan connect speaker lagi tu. Biasalah, dulu time kat UiTM kan aku selalu buat kerja-kerja belakang tabir ni..:-)
Aku dan Iman memantau progress ibu kat dapur untuk memastikan makanan dan minuman ready/
Korang tengok si Fariq tu, boleh pulak dia karok + berjoget sorang-sorang kat bawah tu. Betul-betul anak abah lah ni..:-)
Ketibaan ahli keluarga sekitar jam 9 malam. Ingatkan sesat tak jumpa rumah tadi. Hihi
Penat tu datang dari jauh (sedangkan satu taman je)..:-p Except for Along lah yang memang datang all the way from PD. Memang kena buat minggu ni jugak since next weekends ada a few open house yang aku kena attend.
Seperti biasa, majlis bermula dengan sesi photoshoot.
Mak ayah bersama tiga orang anak mereka yang mantap. Tahun ni letak gambar freestyle sikit.
Family Along. Si Mikail tu punyalah susah nak bergambar. Pfft
Gambar keluarga kecilku. Adakah tahun depan akan bertambah lagi? Haha. Setakat ni cukuplah dulu, dah ada sepasang pun okay ni.
Adik bongsu bergambar dengan mak ayah. Dengar cerita awal tahun depan nak menghantar rombongan. Huhu
Mak ayah bersama cucu-cucu yang comel kesemuanya.
Gambar adik beradik.
Okay, jom amik gambar beramai-ramai!
Haa, nak terbang sangat kan? Amik korang. Huhu
Sesi bermaaf-maafan dan juga..
Pengagihan duit raya kepada yang berkenaan
Boring tunggu turn nak dapat duit raya ke tu, sampai masuk bawah meja. Haha
Bhahaha, apa benda tu. Ngangkung ke? :-P
Okay, gambar pun dah ambil. Apa lagi nak buat ni? Okay, silalah ke tingkat seterusnya untuk makan time.
Wife ada buat Mee Goreng, aku pulak topup beli bucket KFC. Along ada bawak brownies dan ayah pulak beli lemang Mat Noor while mak buat rendang daging. Okay lah kan, simple sahaja.
Gambar jangan dilupakan. Farid Jr tengah melayan tetamu. Haha
Iman makan bubur ya..:-)
Aku makan atas bar stool je lah, kerusi makan ada enam je. Dah Fariq kacau daun nak join makan jugak. Haha
Lepas makan, ada lah discuss sikit pasal plan kami nak menghantar rombongan ke Kuala Berang awal tahun depan. Semoga dipermudahkanlah ye urusan adik bongsu aku tu.
Jam dah pukul 10.30pm tapi majlis belum habis lagi! Ada sesi outdoor pulak sebelum menutupi majlis semalam iaitu sesi membakar mercun dan bunga api untuk mengiyakan suasana Raya kali ni. Gambar budak-budak takde sebab diorang main Pop-Pop je which is mercun noob. Haha
Wife buat teh tarik yang mantap ni untuk kami yang lelaki ni ngeteh diluar.
Kecuali bro Faris ni yang tumpang tengok bola Chelsea lawan Bournemouth tadi. Nasib baiklah menang, kalau tak memang elok turun liga je lah korang ni..:-p
Sekitar jam 11.15 malam, sambutan Hari Raya kami adjourned dan semuanya mula bersurai. Alhamdulillah, rasanya okay kot trial open house kami ni. Kira dah passed lah kalau nak start buat untuk member-member. Huhu

Itu je lah cerita untuk Syawal kedua-belas aku. Okaylah, esok ada tetamu lagi nak datang. Kawan wife time belajar kat IPB dulu. Tak tahulah betul-betul datang ataupun tak. Standby jelah.

P/S: Banyak dah dapat RSVP from client untuk open house Raya..:-)

No comments:

Post a Comment