Saturday, May 13, 2023

Kisah AKU n Rotiboy 25th Anniversary Dinner @ Setia City Convention Center

Assalamualaikum,

Before nak menunggu Subuh ni elok rasanya aku update dulu satu event yang aku attend minggu ni.  

Isnin lepas aku berkesempatan memenuhi undangan from office wife untuk Rotiboy Bakeshoppe 25th Anniversary Dinner. 

Kena buat covid test dulu. Bagus diorang ni, dekat TNG benda ni dah jadi rare commodity dah. Haha

Majlis berlangsung di Setia City Convention Center, since daftar pun kena jam 6 petang so hari tu aku WFH. Yang staf-staf diorang lagi syok dapat cuti free, baik yang staf HQ sampailah dekat outlet-outlet.

Datang dengan wife je hari tu. Anak-anak minta tolong mak ayah tengokkan sekejap, kebetulan Along dan Mikail pun ada kat rumah ayah. 

Aku mengayakan full set baju Melayu hari tu seiring dengan tema Tradisional + Western

After registration, kami ke counter handprint ni. Aku pun tak berapa ingat untuk what purpose, some kind of nak dapatkan collection tapak tangan from attendee dinner tu kot.

Ada 100+ table jugak malam tu yang dikhususkan untuk staf-staf HQ dan subsidiaries, vendor, franchisor dan lain-lain.

Selfie dulu before event start.

Event bermula jam 7.30 petang dengan ucapan from Founder & Chief Steward Rotiboy Bakeshoppe Sdn bhd, Mr Hiro Tan. Sempoi je CEO dress macam tu, according to my wife memang big bos diorang ni sejenis humble and down to earth guy which is a rare quality among top management nowadays..:-)

Tak sabar nak menunggu makanan tu. Food kat sini served every half an hour dimana ada pelayan yang akan hantar ke meja. Aku personally tak berapa gemar style gini sebab akan jadi limited, takpelah maybe tu cara diorang control crowd kot. Huhu

Dalam pukul 10pm, keluar sekejap nak stretch badan. Ikut tentatif event habis jam 11.30, dah lah esoknya kerja..:-p

Sambil tu jadi cameraman amik gambar wife dan juga rakan sekerja dia di Account Department.

Sempat lagi ambil gambar kat photobooth. Ngam-ngam je kitorang last batch.

Masuk main hall semula untuk tengok upacara penghargaan anugerah perkhidmatan lama, starting from those yang dah lima tahun kerja, sampailah yang paling lama, 25 tahun! Kalau TNG buat acara penghargaan ni for B&G Division, aku rank nombor 3 out of 60 lah untuk long serving award. Haha

Dalam jam 11.30, event bersurai. Sempatlah ambil doorgift sebelum bergerak pulang kerumah. 

Jalan pun clear malam tu, around jam 12 tengah malam sampai rumah ayah pickup anak-anak. Elok pun diorang dah tidur, sebab malam tu aku kena sambung kerja sikit since cabut awal, malas lah nak restart kerja dengan backlog. Sudahnya esok tu WFH sebab overslept. Haha

Ni ada event selingan, hari Rabu lepas TNG Group ada buat internal Raya celebration yang berlangsung di Secret Garden Level 3 di office kami. Siot je event company sendiri jadi cerita selingan. Apa boleh buat, amik gambar pun 2-3 snap je..:-p

Ada je paparazzi yang dok snap gambar aku. Cakaplah nak bergambar, baru lah proper sikit. Haha

Okaylah, itu je cerita pagi ni. Nak tidur jap, lepas Zohor ni dah nak keluar beraya. Hari ni saja ada tiga jemputan rumah terbuka yang kami nak attend. Of course, kawan-kawan wife lah. Member aku pulak buat open house, tapi invite last minute memang sorry lah beb

No comments:

Post a Comment