Assalamualaikum,
Alamak, esok dah kena sambung kerja. Setelah bercuti hampir 11 hari, malas pulak rasanya nak masuk office. Nak kena menempuh jem, dan juga kerja yang melambak tu. Terus terang cakap cuti kali ni memang aku tak bukak laptop company sangat. Buka hari tu pun sebab ada discussion KPI je. Huhu. Okaylah, aku nak cerita sikit Syawal minggu pertama aku dan family di Melaka.
Aku balik Melaka hari Khamis lepas. Sebelum balik, sempat lagi berphotoshoot untuk my small family ni. Cikgu taska mintak gambar raya anak-anak.
Memang quick one je hari tu. Takde masa nak fikir posing luar kotak dah. Haha
Satu gambar family before close the photoshoot session.
Okay last, Fariq nak bergambar dengan topeng Batman dia pulak..:-p
Kami memulakan perjalanan dalam jam 11pagi. Jalan okay je, maybe sebab ada yang dah masuk kerja or maybe ramai jugak yang masih bercuti dan tak balik-balik.
Sampai Merlimau dalam jam 2 petang. Singgah makan di Secret Recipe dulu, maklumlah semua dah kebulur.
Fariq suka makan kat sini..:-)
Suka makan aiskrim ni. Huhu
Sampai rumah dalam jam 3 petang, dah siap pakai baju raya ni memang datang berayalah. Huhu
Ni awat tercongok tengah panas ni?
Ni yang payah nak mengejarnya. Punyalah laju sekarang. Mentang-mentang dah ada kaki.
Pagi Jumaat tu aku ada Teams call dengan boss untuk discuss KPI tahun ni. Bos aku tak caya bila aku cakap kita tengah meeting depan kubur. Haha
Hari Sabtu aku dan family berkenan memenuhi undangan ke majlis persandingan rakan wife di Melaka.
Majlis berlangsung di Puteri Bay Hotel, sebuah hotel yang terletak berhadapan Pantai Puteri, Melaka.
Senyum je Iman ni. Seronok tengok orang ramai kot..:-)
Yang si abang ni pulak memanjang masam je, tapi bila nampak aiskrim baru tersengih sorang-sorang. Haha
Ready nak balik dah.
Eh belum, tengah queue untuk bergambar dengan pengantin.
Yang pengantin perempuan tu kawan wife aku time diorang menuntut di IPB dulu. Okaylah kan ada member-member yang belum off market lagi, boleh lah tumpang makan nasi minyak.
Kebetulan hotel depan pantai, memang lepas tu kami anak beranak chilling kat tepi pantai lah ceritanya. Haa, nampak tak hotel tu.
Pantai Puteri ni bersebelahan Pantai Klebang je, tapi untuk bukan orang asal Melaka cam aku ni pun tak pernah tahu kewujudan pantai ni yang maybe overshadowed by jiran diorang tu. Maklumlah, aku tahu Klebang pun sebab coconut shake. Haha
Alang-alang dah sampai ni sempatlah snap gambar sikit.
Selfie anak beranak berlatarbelakangkan Selat Melaka.
Selfie laki bini pulak. Time ni Fariq tengah syok main pasir, Iman pulak sebenarnya ada kat belakang kitorang tu. Hihi
Ada jugak vendor untuk bagi makan haiwan such as kambing, arnab, burung etc. Satu cup RM5 sahaja, dalam tu ada rumput dan karot.
Empat cup jugak aku bayar hari tu, dah si Fariq syok pulak nak bagi kambing makan.
Asal pergi pantai je mesti beli penyodok. Sedangkan kat kampung tu dah 2-3 bijik penyodok aku beli everytime melawat Pantai Siring. Haha
Pekena Milo panas-panas ni elok jugak.
Okaylah jom balik, lepas ni ada lagi open house yang kita nak pergi ni.
Seperti yang dijangka, anak-anak ketiduran dalam kereta on the way balik Serkam.
Dalam jam 5.30 petang kami ke rumah ipar, deme ada buat open house. Tah apa lah bebudak ni main pasir..:-p
Banyak jugak makanan petang tu. Aku pulak masih lagi kekenyangan makan lauk kenduri.
Malam tu macam biasalah ke masjid. Hari Ahad pulak hujan, baru ingat nak bawak Fariq pergi Pantai Siring. Takpelah, hari tu dah main pasir kan. Cukup lah tu..:-)
Pagi tadi dalam jam 10 pagi, kami berangkat pulang ke Rawang.
Eh abah , kita kat mana ni? Kenapa banyak bangunan tinggi.
Saja aku bawak diorang melencong ke Bangsar South jap from highway NPE. Sebab time balik bulan puasa hari tu Fariq kata nak tengok office abah dia ni. Tengok si Iman tu, bukan main tergamam lagi. Haha
Malam Isnin tu kami keluar ke Lotus Rawang, macam biasalah awal bulan nak restock apa yang patut.
Singgah dinner di Hailam Kopitiam before balik rumah.
Ni lah reaksi abah-abah lepas raya. Haha
Okaylah, nak tidur . Esok kena bangun awal, ada ke gila office wife nak buat birthday celebration untuk staf pukul 7.30 pagi. Macam siot je, benda boleh buat lunch hour pergi cari penyakit buat awal pagi. Memang bingai.
P/S: Newcastle mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga EPL dengan kemenangan comeback 3-1 menentang Southampton. Ada 5 game lagi, harap-harap Arsenal terus collapse so that kita boleh pintas dia untuk merebut tempat kedua. Huhu
No comments:
Post a Comment