Sunday, May 1, 2022

Kisah AKU n Ramadhan 2022 - Wk4

Assalamualaikum,

Hari ni suka aku nak update cerita minggu terakhir Ramadhan tahun 2022 ni. Rutin yang sama, cuma minggu ni dah takde iftar session with client. So, ada plan lain lah nampaknya

Minggu ni aku pergi kerja agak lewat dari yang biasa. Kebiasaannya aku gerak lepas Subuh, tapi last week aku keluar dari rumah dalam jam 8.30 pagi. Sampai pun sejam jugak. Sama je, aku balik lewat jugak. Tu yang tak kisah pun masuk 9.30. Haha

Hari Selasa aku sempat berbuka puasa dengan ex-colleague Quatriz, Ridzuan di Shah Alam.

Disebabkan lama tak jumpa, memang sampai jam 11.30 malam jugak kami menyembang. Sempatlah lepak ofis diorang kat Plaza Azalea ni. FYI, office BD dah no longer di TPM Bukit Jalil. 

Khamis ada TNG Group Townhall 2022 dan perutusan Raya dari CEO.

Semalam, seperti yang dirancang aku dan family ke Tesco Rawang untuk one last-minute shopping. Sebab petang ni aku dah nak balik Melaka, while diorang pulak akan bergerak ke Perak awal pagi esok. Kami iftar di KFC sahaja, ni pun ngam-ngam dah azan dapat makanan. Queue order dari jam 6.30, pukul 7.20 baru dapat makanan. Huhu

Aku memang nak cari kasut baru. Lelaki ni senang cari barang. Masuk kedai, belek-belek sikit. Nampak yang berkenan terus beli.

Bro ni pun rezeki dia malam tu sebab ada promotion Buy 1 Free 1. Dapatlah jugak sepasang kasut free.

Nice. Lama dah tak bershopping Raya.

Then, ke destinasi seterusnya nak mencari baju Raya diorang. Aku memang Ija dah beli siap-siap, dah try pun memang sedap je pakai.

Sekitar jam 9.30 kami balik rumah, sampai dalam pukul 10. Adalah jem sikit dekat area Perodua tu.

Malam tu aku ada another session with brothers. Lama tak jumpa bhai. Dolah pickup kami berdua untuk sesi ngeteh di Bukit Sentosa

Kat mana lagi port lepak yang terbaik kalau bukan di restoran Jamal Mohamad ni. Aku yang recommend tau. Huhu

Wife share gambar anak-anak. Seronok Fariq main bunga api. Yang adik dia sedap tidur. Dah nama pun baby. Hee

Baiklah guys, that's the wrap untuk cerita minggu terakhir Ramadhan 2022 aku. Sekejap lagi aku akan bergerak pulang ke Melaka untuk beraya disana. Jom lah tidur dulu, mana lah tau jem 10 jam ke..:-p

P/S: Narrow defeat at St James Park menentang pencabar title EPL, Liverpool. Takpe guys, hard luck. We will bounce back

No comments:

Post a Comment