Tuesday, May 3, 2022

Kisah AKU n Ramadhan 2022 - Day 29

Assalamualaikum,

Meneruskan tradisi tahun-tahun before ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku pada hari terakhir Ramadhan 2022 ni. 
Tahun ni aku balik beraya sorang-sorang since anak bini memang dah ada kat kampung. Since aku pun tidur rumah ayah minggu lepas, memang pagi tu dihabiskan dengan main FIFA 22 Online dengan adik. Haha. Buat pulak aku baru introduce Steam kat brother tu. Memang berjoli lah beli game.
Petang dalam jam 2 petang, aku dah bergerak ke office untuk pickup EV2 test card. Kena buat test pulak dekat dua site yang SI tak perform lagi. Cibot betul.
First site dekat Kompleks A MBPJ. Sampai sana terus buat testing parking time sejam before exit. Settle je dalam pukul 5, aku terus bergegas keluar dari situ
Second site ni aku sampai dalam jam 6.40 petang. Eh lambat jugak tu nak dekat 2 jam. Sebenarnya ada jem sikit je, masuk highway PLUS dah okay. Site kedua ni lokasinya di Dataran Senawang. Sama jugak test satu jam, aku buka puasa kat sini hari tu. Kat sini lah aku tahu from wife yang esoknya Raya. Haha. Memang terkejut bhai sebab ingat Raya hari Selasa.
Gerak dari Senawang jam 8 malam, singgah R&R Ayer Keroh untuk solat dan properly berbuka puasa. Sempatlah bertakbir Raya dengan a few jemaah yang ada lepas solat Isyak.
Berbuka puasa sekitar jam 9.15 malam sambil memerhati pergerakan trafik di lebuhraya dari atas restoran jejambat A&W Ayer Keroh.
Meneruskan perjalanan kira-kira satu jam lagi untuk sampai ke kampung.
Alhamdulillah, selamat tiba di kampung halaman tepat jam 10 malam. Unlike menghala ke Utara dan Pantai Timur, trafik ke Selatan memang lancar. Tu yang siap promote kat adik, kalau tak nak pening kepala memikir pasal jem time Raya, boleh cari jodoh orang Selatan. Along pun support jugak, haha. Maklumlah kami ni dua-dua dapat orang Selatan..:-p
Sampai rumah terus bersiap apa yang patut. Masukkan duit raya dalam sampul, fitting balik baju just in case tetiba tak muat pulak. Haha. FYI, ni je lah batch sampul raya Touch 'n Go yang tinggal. Aku dapat ni rasanya from Izdan, time raya tahun 2019 dulu. Tapi since sampul ni limited, memang aku tak bagi orang lah wei. Buat prop je..:-)
Alright guys, concluding the entri pagi ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2022 ini. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

In Sha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya, you guys can stay tune here for another two more entry wajib Diari Syawal 2022 ni..:-)

No comments:

Post a Comment