Sunday, May 22, 2022

Kisah AKU n My Silverwing

Assalamualaikum,

Lama jugak tak update kan? Ada nak dekat dua minggu jugak. Memang busy dengan kerja after cuti Raya hari tu dengan proposal, paperwork etc. Nevermind lah, dah nama pun kerja makan gaji. Hadap je lah yang penting akhir bulan senyum. Huhu

Minggu ni aku dah start masuk office in rotation basis. Tapi tu lah, bila dok office ni memang sampai jam 8 malam jugak stay nak menyettlekan kerja. Satu lagi cam biasalah nak escape jam. Seminggu dua ni malam pun Jalan sesak, orang pergi open house Raya kot. 
Anak aku dua orang ni pun belum masuk taska lagi since wife masih lagi bercuti, tapi esok kedua-duanya akan start masuk taska. Sobs. 
Hari Rabu sekitar jam 9 malam, kami ke klinik since wife perasan breathing pattern Iman macam laju.
Memang doktor minta refer ke Hospital KKB untuk rawatan lanjut.
Malam tu jugak kami ke Kuala Kubu. Settle dalam jam 12 tengah malam jugak. Kesian Fariq tertidur dalam kereta, tak sempat nak tapaukan McD untuk dia yang dah me ngidam sangat. Yelah, kat sini bukak sampai jam 11 je.
Jumaat kebiasaannya memang aku WFH, saja cakap kat bos since hari Jumaat biasa lelaki Muslim rehat lama. Tu yang dia okay je. 
Tapi memang Jumaat lepas aku off day after solat since ada urusan dengan Perodua. Ya betul, kereta wife aku akhirnya keluar jugak. If korang perasan, aku pun dah jual Myvi tu, dan beli Axia. Memang dapat cut expenses kereta half jugak. Apa boleh buat, kenalah berkorban sikit demi family. Huhu
Tn Gani pun ada join jugak. Yelah siapa nak menghantar aku kat Perodua Rawang untuk pickup kereta..:-p
Lepas pickup kereta from our sales agent, kami terus ke CareKool Rawang untuk rebus baucer tinted. Terus buatlah, malas nak tangguh-tangguh. 
Sekitar jam 4 petang semuanya settle. Dah lama tak pegang stereng Perodua ni. Since kereta ni kaler silver, so officially aku namakan dia Silverwing bersempena nama dragon rode by Queen Alysanne Targaryen didalam buku House of the Dragon karangan GRR Martin. Huhu. 
Tn Gani didepan untuk kerja mengescort aku balik ke Sungai Buaya. 
Haha. Muka excited layan korner Bukit Benggali. 
Nombor plate nak dekat sama kan? Rasa pelik pulak bila ada dua bijik kereta kat rumah ni after dua bulan lapang. 
Sampai je ajak sikecik ni main-main kat luar rumah. 
Haha, silau Iman tengok matahari. 
Malam kami sekeluarga test kereta baru. 
Pergi McD malam tu, ada budak nak Happy Meal. Huhu. Kesian dari malam Rabu nak makan tapi tak dapat.
Sabtu pulak memenuhi undangan my ex company, Quatriz didalam sambutan Hari Raya yang diadakan di office TPM. Dah lama tak tercongok depan pintu ni. Huu
Sesi makan-makan. Ni lah main course hari tu, Briyani Ayam dari the famous restoran Mahbub @ Bangsar.
Adalah tolong membungkus sikit after majlis tamat sekitar jam 2 petang. Dapat lah sikit habuan bawak balik. Huu
Bergambar dengan hos majlis, puan Executive Director, Pn Zihan. Bos lama aku ni. Huu. Mesti korang tertanya apa hal diorang invite aku kan? Sebenarnya bos ada contact hari Khamis tu tanya pasal extra RFID tag untuk nak bagi klien diorang. Kebetulan aku ada spare tiga pcs, tu yang offer sebijik. Banyak jugak yang kami sembangkan, maklumlah dah hampir tiga tahun aku tinggalkan Quatriz. Macam aku cakaplah, they always ada special place dalam diri aku..:-)
Selfie sebelum balik, dengan budak-budak ni pun lama jugak menyembang. Tahu-tahu dah jam 4 petang. Syazwan from Delloyd pun ada datang jugak. 
Petang yang sama ada satu lagi open house. Kali ni dari Taska yang anak aku akan masuk esok. Bagus kan diorang invite sekali. 
Tapi kami datang dengan Fariq je, Iman mintak tolong mak ayah jaga sekejap. 
Fariq dan bakal rakan-rakan di Taska Anakku Sayang di Taman Kasturisari, just bersebelahan Taman Mawarsari area rumah aku. Tengok gambar macam dah ramah. Huu
Test main-main dulu..:-)

Itu sahajalah cerita petang ni, malam ni akan ada satu lagi entri. Entri pasal apa? It's the EPL Grand Finale. Seperti tahun-tahun sebelum ni memang aku akan write satu entri untuk komen performance my beloved Newcastle United lah. Till then, take care semua. Ciao.

No comments:

Post a Comment