Assalamualaikum,
Entri keempat dan terakhir untuk melengkapkan Diari Syawal aku bagi tahun 2022 ini. Tahun ni aku berkesempatan pulang beraya ke Perak setelah dua tahun beraya diperantauan. Haha.
Pagi Khamis tu kami sekeluarga departed Serkam around 10 am. Jalan memang clear nak ke Utara, tapi as precaution aku planned nak masuk jalan lama melalui Slim River.
Singgah lunch di R&R Rawang dengan family Along. Memang kami dah plan nak jumpa kat sini before meneruskan perjalanan ke Perak.
Sampai Seri Iskandar dalam jam 4 petang, check in di preferred hotel kami di D'art Gallery @ Seri Iskandar.
Eh, bila pulak aku ada kedai ni? Haha
Rehat sekejap dalam 2 jam before kami pulang ke Kampung. Barai wei drive 6 jam. Huhu
Sampai Bota Kanan dalam pukul 6.30 petang.
Ketibaan "golden son". Bak kata adik. Puihh la lu
Fariq cam biasalah mula-mula sampai malu kucing.
Tapi last-last dia yang main dengan kucing. Huhu
Sesi memperkenalkan the latest addition of my small family, Iman kepada ahli keluarga yang lain.
Tercapai hasrat nak makan lemang Opah walaupun bukan aku yang membakarnya. Huu
Malam budak-budak main bunga api.
Syok Fariq main pop-pop ye..:-)
Yang orang besar sesi karaoke. Hihi
Dalam pukul 11pm, kami sekeluarga pulang ke hotel, ditemani family Along. Memang aku booked tiga bilik, plus untuk adik sekali.
Selfie sebelum tidur. Huu
Hari Jumaat - bergambar kenangan bersama-sama di tangga merah sebelum family Acik Fendi pulang ke KL.
Raya kelima ni pulak kami beraya di kampung ayah di Parit. Tapi rumah ni dah takde orang duduk pun.
So kami beraya dirumah sebelah since ada lagi sedara mara kat sana.
Banyak minum je budak ni. Haha
Dapatlah makan tengahari kat sini. Bukan selalu kami beraya dapat makan nasi berlauk camni.
Dah-dah jom balik. Panas betul cuaca kat Perak ni
Singgah Taman Cempakasari di Pekan Parit. Bergambar di jambatan yang menghubungkan Parit dan Tanjung Belanja
Amboi mak ayah pakai hitam sedondon..:-p
Ambil lah satu gambar family kat sini. Huu
The famous Menara Jam Parit.
Dalam pukul 4.30, kami sampai di Kampung Bota Kanan semula. Lepak sini je sampai malam.
Pagi semalam sekitar jam 11.30 pagi kami pun bergerak pulang ke Sungai Buaya.
Alhamdulillah, jalan memang clear, aku pulak drive lalu jalan lama je. Tak masuk highway pun. Yang co-pilot sebelah tu memang tidur je lah, elok pun kalau terjaga karang sekejap nak duduk depan. Tak sampai 5 minit pastu nak duduk belakang pulak.
Tapi kami tak balik rumah, singgah Aniza Medical Center. Nak check ruam Iman.
Before pulang ke Sungai Buaya, sempat menyinggah McD Bukit Sentosa. Ada budak kecik nak Happy Meal. Layankan je lah..:-p
Sampai rumah dalam pukul 4 petang. Home Sweet Home.
Budak ni aku belum habis unload barang lagi dah selongkar port mainan dia. Haha
Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2022 ni. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!
No comments:
Post a Comment