Tuesday, May 10, 2022

Kisah AKU n Syawal 2022 - Day 7

Assalamualaikum,

Ada entri Raya ke ni bro? Biasanya title start dengan Syawal 2022 ni cerita pasal Raya je. Okaylah, dah habis kerja ni, sementara nak menunggu wife ni elok jugak aku update cerita Sabtu lepas. Ya, pasal Raya lah ni..:-)
Seperti tahun-tahun yang lepas, keluarga kami pun ada sesi photoshoot jugak. Since semua ada, tu yang buat jugak.
Setting lagu Raya bagi naik sikit mood beraya tu..:-)
Mak ayah bersama tiga orang anak mereka yang mantap. Tahun ni letak gambar formal sikit.
Mak ayah bersama family Along. Si Mikail tu punyalah susah nak bergambar. Pfft
Mak ayah bersama family aku yang dah bertambah lagi sorang..:-)
Gambar keluarga kecilku. Adakah tahun depan akan bertambah lagi? Haha. Setakat ni cukuplah dulu, dah ada sepasang pun okay ni.
My lovely wife and daughter.
Adik bongsu bergambar dengan mak ayah. Dengar cerita tahun ni nak hantar rombongan. Huhu
Mak ayah bersama cucu-cucu yang comel kesemuanya.
Faris bersama anak-anak buah yang ada. Iman tengah menyusu pulak.
Gambar adik beradik.
Mak ayah bersama menantu yang dikasihi..:-)
The Jejans of Gani's Family.
Haa, masuklah kalau berani..:-p
Eh, si kecik ni pun nak buat jugak. Haha
Sesi bermaaf-maafan dan pengagihan duit raya kepada yang berkenaan
Bhahaha, apa muka cam tu..:-p
Acik Faris nak bagi duit raya tu Fariq. Jangan malu-malu pulak.
Duit raya to my favourite nephew, Mike.
Kat mak dia pun kena bagi jugak. Haha. Tapi aku pulak kena melutut sebab follow rule of siblings. Haha
Amboi, banyak ke duit raya tahun ni Fariq. Huhu
Sempat lagi nak melayan Upin Ipin tu. Haha
Syawal ke-7. No problem. Raya kan sebulan?
Okay, gambar pun dah ambil. Apa lagi nak buat ni?
Menutupi sambutan Raya kami tahun ni, ada makan-makanlah sikit. On the way mendobi pagi tadi, aku singgah tapau KFC. Alang-alang tengah ramai kat rumah tu boleh buat party sikit. Haha
Adalah discuss sikit pasal plan kami nak menghantar rombongan ke Terengganu akhir tahun ni.

Itu je lah cerita untuk Syawal ketujuh aku. Okaylah, rasanya ada lagi entri Raya akan datang ni. Tunggu jelah, aku nak tidur ni. Esok dah start kerja, malas pulak rasanya. Tapi apa boleh buat, dah makan gaji. Huhu

P/S: Newcastle kena bantai semalam dengan City. Nevermind lah, janji yang penting dah selamat. Cuma kalau boleh dua game last ni kita dapatlah kemenangan, baru boleh tamatkan liga top half. Amin

No comments:

Post a Comment