Assalamualaikum,
Hari ni aku nak update cerita minggu ketiga Ramadhan tahun 2022 ni.
Macam biasa aku bertugas di office, cuma last week kena pakai smart sikit since banyak iftar session with clientele.
Kebanyakkannya buffet camni lah, company ada budget. So, memang gunakan untuk entertain client yang profil tinggi..:-)
Minggu lepas adalah sempat tiga kali solat Terawih di surau kami. Dah upgrade sikit pasang aircond, adalah nyaman sikit. Huhu
Jumaat kalau ikut plan nak balik Melaka, tapi otai-otai ajak pekena Sup Rusa dekat Kg Sungai Choh. Ni memang rutin kami setiap kali Ramadhan.
Memang padu sup kat sini, makan sup je tak perlu nasi pun.
Pagi Sabtu sekitar jam 9 pagi, aku pun bergerak ke Melaka. Jalan memang clear, pukul 11.30 dah sampai.
Sampai-sampai si Fariq ada dalam ni dengan adik dia. Huhu
Petang tu tengok lumba basikal..:-p
Bawak Fariq pergi Bazaar Ramadhan di Serkam Darat, then menyinggah Speedmart beli bubble ni. Melalak tengok sepupu dia ada, tapi dia takde. Haha
Ahad rutin yang sama je lah. Melayan anak main dengan sepupu.
Huhu..:-)
Beloved wife dan daughter. Bila nak balik Rawang ni guys. Kosong rasanya rumah kita tu..:-)
Apa cerita tersadai tepi jalan ni? Haa, ni lah highlight minggu ketiga Ramadhan aku tahun ni. Nak dijadikan cerita seawal pukul 4 pagi lagi aku dah bergerak pulang menuju ke KL. Plannya nak sahur di Bandar Putra Mahkota. Just between exit Nilai dan Putra Mahkota, aku terlanggar sebuah objek diatas jalan. Macam besi, tapi aku pun tak sure. Semuanya berlaku dengan pantas - lima saat selepas pelanggaran, aku terus lost control whereas kereta aku skidding ke kiri. Memang sentap jugak bahu nak regain control. Time tu aku pun realize memang dah lost one of tayar depan, terus pasang emergency light dan parking before call PLUS.
Pakai reflector vest TNG ni. Huu, biar driver lain aware. Bukan apa, sebab aku park kat sini betul-betul simpang orang nak ke ELITE.
Distress call jam 5.45 pagi, 7.30 baru sampai. Takpelah, diorang kata ada dua insiden yang sama jugak. Ada mangsa yang cedera, so diorang attend yang tu dulu.
PLUS towed sampai Lay-by Nilai Utara sekitar jam 8.30 pagi. Aku solat Subuh dulu before proceed untuk call insurans. Plannya nak tow sampai ke Rawang, since aku ada satu preferred tyre shop kat sana. Bukan apa, takut pergi kedai tak kenal karang kena ketuk pulak. Since ETIQA pun free towing untuk first 200KM, rasanya memang just nice lah.
Huhu, first time kena tow sepanjang 10 tahun pengalaman aku drive kereta. Tapi memang bumpy ride jugak lah.
Sampai di Tayaria Rawang dalam pukul 12 tengahari. Buat servis tukar tayar dan rim sekali dengan alignment etc. Pukul 3 petang jugak settle sebab kena queue, maklumlah ramai customer datang time nak Raya ni. Buat pulak deme baru dapat EPF. Haha. Aku punya tak masuk lagi. Sobs, terpaksalah pakai duit gaji dulu.
Sampai rumah dalam pukul 4 petang, what a hectic day. Sampai rumah tengok ada package from TNG. Yeay, akhirnya my EV2 card dah dapat. Kad apa ni Farid? Next entry nanti aku update lah ye.
That's the wrap untuk cerita minggu ketiga Ramadhan 2022 aku. Memang penuh cabaran betul. Okaylah nak tidur dah, penat wei. Esok pagi aku nak ke service center dulu, sebab kereta ada keluar notification "Electronic Stability Control Failure". Cuak jugak tu, kot la ada benda electronic yang damage ke time accident or towing tadi.
P/S: Newcastle menang lawan Norwich, sekaligus melonjak ke tangga ke-9 liga. HWTL!d
No comments:
Post a Comment