Assalamualaikum,
Hari ni suka aku nak update cerita minggu kedua Ramadhan tahun 2022 ni. Untuk pengetahuan, minggu ni aku dah balik Rawang, while leaving my wife dan kids dekat kampung.
Isnin aku dah start bekerja di office semula. Biasanya lepas Sahur, aku mandi dan solat Subuh. Pastu terus gerak ke Bangsar South. Biasanya jam 7 pagi dah sampai. Sambung tidur before masuk kerja jam 8.30 pagi.
Di bulan Ramadhan ni jugak Surau kami akhirnya dibuka kepada staf-staf. Alhamdulillah. Dah tak payah berjalan ke Masjid bawah tu lagi. Huhu
Before balik rumah, my colleague - Shaza dan Irfan ada bagi gift for my daughter. Thank you guys, really appreciate it..:-)
Habis kerja pukul 4.30 petang, tapi aku biasanya kerja sampai jam 5.30. Sama je, balik 4.30 pun jalan jem. So biasanya aku tidur dalam kereta dulu, 6.40 tu baru aku gerak balik. Tapi hampeh, sama jugak jem. Cibai betul. So memang sampai rumah pun 7.30 petang keatas. Lewat sikit lah.
Kalau lewat sangat macam hari Rabu tu, aku makan kat R&R Rawang je..:-)
Wife pun ada hantar gambar anak jugak. Minggu ni sepupu Fariq tidur sama dalam bilik tu..:-)
Malam seperti tahun-tahun sebelumnya, aku berterawih di Surau Mawarsari.
Cuma tahun ni aku macam malas sikit nak bermoreh kat sana, maybe sebab esoknya pergi kerja awal pagi kot. Sudahnya minum kat rumah ayah je, sebab aku memang tidur sini. Huhu
No comments:
Post a Comment