Monday, May 14, 2018

Kisah AKU n Top Ten!

Assalamualaikum,

With the installation of Tun M as the new Head of Government, negara Malaysia nampaknya dah ada sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu. Bukan itu sahaja, kebanyakkan Kerajaan Negeri pun dah installed their new Menteri Besar/Ketua Menteri to lead sebuah kerajaan Rakyat yang baru. Memang cukup tak sangka PRU kali ni BN cuma left with tiga negeri je. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada Rakyat. Okay, PRU pun dah habis. So I guess, kat sini pun kita stop lah post-post berkait politik kan. Cukup lah tu, sekali sekala darah politik membuak-buak. Now, let's come back to normal post yang murni-murni je. Huu
Malam hari Jumaat tu aku ditemani ayah dan adik had our dinner bagi menyambut pembentukan Malaysia yang baru. Walaupun berbeza fahaman politik, kami mengamalkan politik matang dengan menghormati prinsip masing-masing dan tidak menjadikan politik sebagai satu alat meregangkan hubungan kekeluargaan. Sudah tentunya, hubungan kekeluargaan itu lebih manis dari segala benda yang ada didunia ini.
This time aku try Nasi Monreal with Chicken Patty. Ni pun boleh tahan sedap jugak. Aku rasa orang kat BurgerByte tu memang dah cam kereta Myvi biru aku tu. Selalu sangat datang, rasanya sebulan ni dah 4 kali aku makan sini.
Pagi Sabtu seawal jam 6 pagi lagi aku dan adik dah bergerak ke Nilai. Cuti sudah habis bro. Thank you Tun M, sebab dapat cuti lima hari, walaupun hari mengundi tu penat gila. Huu
Seperti Tun M, aku pun menepati janji jugak. Memang dah promised kat bro ni, asal balik dia yang drive. Nak sangat, tapi sama je tak boleh tidur. Takut budak ni tersalah jalan pulak..:-p
Adik aku ni dah pindah rumah. Dulu duduk dekat je dengan USIM, tak sampai 5 minit dah sampai. Laa ni katanya dari rumah nak ke Universiti dalam 10 minit. Bila tanya kenapa pindah tak nak cakap pulak, ni mesti kes gaduh dengan owner. Haha
Tadi pulak aku menyaksikan perlawanan terakhir English Premier League 2018-2019 diantara Newcastle United menentang Chelsea yang berlangsung di fortress kami, St. James' Park. Tengok kat ASTRO je.
Alhamdulillah, menang jugak game last ni sekaligus menamatkan badi empat kekalahan berturut-turut. Gol-gol yang dijaringkan Ayoze Perez (2X) dan Dwight Gayle cukup memastikan tiga mata penuh buat The Magpies
Final league table menyaksikan Newcastle United menduduki tempat ke-10 dari 20 team yang bertanding. Okay lah kan, first time masuk balik dah dapat Top Ten. Next season boleh aim Europa slot pulak, pastu next season lagi UCL.  Kemain berangan. Huu
Ni semua jasa our King Rafa yang berjaya guide the team mengharungi season pertama kami di EPL yang penuh suka duka ni. Last year, he led us out from the Championship in a single attempt. Bukan out je, sekali menang liga tu. Now, dia berjaya meletakkan kami dikedudukan yang baik untuk musim pertama kami disini. What a man he is. We salute you.
I'm a proud oversea Geordie!

What a night! Memang happy, senyum je lah tidur hari ni. Tiba-tiba dapat notification kena attend meeting kat LLM pulak esok. Malas pulak aku nak gerak awal. Tapi takpelah, lima hari dah cuti. Kau nak banyak mana lagi. Haha

No comments:

Post a Comment