Sunday, May 6, 2018

Kisah AKU n Tawfiq's Wedding @ Denai Alam

Assalamualaikum,

Tonight nak share aktiviti aku dan ayah petang tadi. Jom start dulu dengan cerita dipejabat minggu ni.
Jumaat lepas ada dua tender submission, memang tidur office Khamis tu nak menyiapkan apa yang patut. Nasib baiklah ada our intern, Reza yang tolong hantar ke LEKAS, while aku sendiri ke Wisma PERKESO to submit another. Lepas hantar tu memang aku terus balik rumah je, pastu sambung tidur. Sleepy gila, dengan cuaca bukan main panas sepanjang minggu.
Malam Sabtu, I treat myself for a fine dinner kat BurgerByte. Maklumlah, nak celebrate the end of 5 minggu berturut-turut tender submission. This time aku makan Chicken Naked Burger, kenyang beb. Punyalah banyak portion diorang bagi, maybe diorang perasan aku selalu lepak sini kot. Huu
Eh, ni dah kenapa berbaju Melayu. Jap-jap, let me guess. Mesti nak pergi majlis kahwin kan? Yup, betul tu. Siapa lagi nak pamerkan budaya berbaju Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri. Petang tadi aku menemani ayah memenuhi undangan majlis persandingan anak rakan sejawat dia yang juga bekas bos lama aku di Orogenic Resources, Dato Hj Ziyad Elias.
Majlis yang menyatukan pasangan raja sehari yang diraikan, Tawfiq dan Saleha ni diadakan di Denai Alam. Tak jauh pun, kalau lalu GCE adalah dalam 25-30 minit perjalanan dari Rawang. Kami sampai sekitar jam 1 petang, memang ramai tetamu yang hadir..:-)
Macam biasalah, ada sesi mini reunion sikit. Haha. Tapi nak cari meja kosong memang impossible tadi. Ramai gila, nak berjalan dalam tu pun payah. Buat pulak ada jenis yang dah makan, tapi tak reti-reti nak bangun. At least kasi chance sikitlah orang yang baru datang ni. Sobs
Dapatlah port bawah pokok. First time aku pergi majlis kahwin, makan berdiri. Amik nasi minyak lauk daging je sebab senang telan masuk mulut terus. Tak payah nak carik-carik. Nasib baik makanan sedap..:-)
Cantik rumah kat sini, gate-less concept. Tapi harga tak payah ceritalah, rasanya starting price 1 juta kot. Huu
Balik rumah sekitar jam 2 petang. Kat Denai Alam ni bukan main terik lagi, elok sampai Sungai Buaya hujan selebat-lebat alam. Perfect sangatlah nak tidur. Hee

Masuk ni dah tujuh wedding aku attend untuk tahun 2018 ni. Majlis aku sendiri pun counting months ni, berdebar pulak rasanya. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Amin In Sha Allah. Okay, bagi menutupi entri malam ni, suka aku nak mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Tawfiq dan pasangan, semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

P/S: Newcastle kalah lagi semalam dengan Watford. Kekalahan ketiga berturut-turut. But what the hell, yang penting kita dah selamat. Haha

No comments:

Post a Comment