Saturday, May 12, 2018

Kisah AKU n A New Hope

Assalamualaikum,

Ketika aku menaip entri ni, I keep Star Wars Main Theme in the loop. Why? Itulah tema kemenangan yang kena dengan jiwa aku sekarang. Bukan untuk aku sahaja, tapi aku yakin untuk kebanyakkan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan didalam pentadbiran Negara yang sudah uzur dicengkam pemerintahan lama.
Okay chop, apa kena mengena Star Wars pulak? As the title suggest - A New Hope merupakan episod yang keempat didalam Star Wars saga, walaupun yang keempat tapi ia merupakan filem yang pertama dikeluarkan pada tahun 1977. Dinamakan A New Hope, ianya mengisahkan perjuangan Rebel Alliance didalam menjatuhkan Galactic Empire yang memerintah galaksi secara kuku besi. At the end of the movie, the Rebel Fleet berjaya mengatasi Imperial Fleet buat kali pertama, sekaligus memberikan mereka harapan untuk terus berjuang dan kemudiannya mendapat total victory pada episod keenam.
Didalam konteks Malaysia, kemenangan Pakatan Harapan didalam pilihan raya yang baru sahaja menutupkan tirai ni sememangnya memberikan satu Harapan Baru, iaitu a New Hope for a better governance untuk seluruh rakyat Malaysia regardless bangsa, agama dan pemikiran politik. Pemerintahan lama bertukar tangan ke yang baru yang sudah tentunya membawa polisi dan idea yang lebih komprehensif in addressing the needs of Malaysia yang berbilang kaum ni.
Pada 10 Mei 2018, negara menyaksikan perlantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ketujuh. Ini juga boleh kita kaitkan dengan satu lagi episod didalam Star Wars saga iaitu - The Return of Jedi. Kembalinya Tun M memimpin Malaysia setelah hampir 15 tahun bersara dari politik merupakan sebuah fairytale yang cukup manis. Pada umur 92 tahun, beliau kembali menerajui Kerajaan Persekutuan setelah Pakatan yang diketuainya berjaya menumpaskan pemerintahan lama didalam Pilihan Raya Umum 2018.
Memerintah Malaysia secara autokratik sekitar tahun 1981-2003, Tun M seringkali dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh musuh-musuh politiknya. Reformasi Rakyat triggered by DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998 merupakan kemuncak perbalahan politik dengan tujuan menjatuhkan permerintahan Tun M ketika itu.
Menyedari kekhilafan lalu yang berkemungkinan besar menyumbang kepada kelemahan pentadbiran DS Najib, Tun M kembali kedalam kancah politik sekitar tahun 2016 (tahun yang sama aku menyatakan sokongan terhadap pembentukan Parti Peribumi Bersatu) and the rest is history. Sekarang ni his government cukup agresif menghambat korupter-korupter yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang disyaki membantu kerja-kerja kotor DS Najib sepanjang pemerintahannya. Ini merupakan satu usaha murni yang bertujuan meyakinkan Rakyat bahawa no one is above the Law. Kemana lagi korupter ni akan kita sumbat? Ke Sungai Buloh lah gamaknya..:-p
Seperti Obi Wan Kenobi yang menangisi the destruction of Jedi Order ditangan bekas protegenya, Darth Vader. Tak dapat dinafikan, ada segelintir dari kami yang didedahkan dalam dunia politik oleh sebuah parti yang cukup berjasa didalam pembentukan sebuah negara Malaysia yang merdeka - United Malay National Organization (UMNO). Kami menangisi nasib parti ini yang hampir karam dibadai gelombang kebangkitan Rakyat. Pemimpinnya habis terduduk, pengikutnya dilanda keresahan. Walaupun kini aku dah bertukar kapal, tapi sedihnya masih terasa. Sang Saka Bangsa yang masih bersih ni akanku simpan rapi untuk terus memperingati perjuangan pimpinan lama menaikkan martabat Bangsa Melayu dibumi Malaysia ini. Ini adalah simbol kemerdekaan bangsa kita. Jangan kita lupakan jasa parti yang telha berjuang untuk menuntut kebebasan Tanah ini. Selamat Ulang Tahun ke72 UMNO!

A New Hope for Malaysia. A New Hope for All

P/S: Semua gambar yang takde watermark DiariMcBride, kredit ke Google ya.

No comments:

Post a Comment