Thursday, May 17, 2018

Kisah AKU n Luncheon @ Jibby KL East Gallery

Assalamualaikum,

Mata pun tak mengantuk lagi, update blog lah gamaknya. Balik Terawih tadi around 10 malam, tak lepak moreh pun dengan otai-otai tadi. Tu yang cepat balik, kalau melepak dengan diorang sampai pukul 12 pun tak habis. Lagi-lagi sekarang ni banyak topik boekk nak sembang. Maklumlah, baru bertukar gomen. Okaylah, tengah malam ni aku nak share sikit aktiviti staf Quatriz pada hari terakhir before memasuki Ramadhan 2018 ni.
Time lunch tadi semua staf Quatriz di AlloyMtd HQ makan besar kat Jibby East Cafe & Restaurant yang terletak di KL East Gallery Sime Darby, Melawati. Kami berlima disertai our big boss, Pn. Zihan yang kebetulan ada free-time to join us together.
Masuk-masuk je dah kena jadi model Matt, maklumlah brader tu hobi dia photography. Buat pulak masuk restoran yang cozy macam ni. Sesuai sangatlah nak berphotoshoot. Haha. Anyway, very beautiful pic. Credit to Matt.
Kak Shikin dan Kak Amy tengah bersosial. Well, social media pun a part of socialization jugak. Huu
Matt dan juga staf baru kami, Shima. Ni lah yang replaced Kak Nurul dalam Account Dept kitorang. Welcome to Quatriz HQ, where every newbie kena belanja on two occasion - first salary & first claim. Tapi hat lunch tadi bos payung. Haha
Jibby East Signature Hawaiian Pizza sebagai starter bagi luncheon yang mengenyangkan..:-)
Aku order benda ni tadi - Panko Parmesan Crusted Chicken by recommendation staf sini. Katanya ni yang paling top. Bila dah rasa baru tahu kenapa yang ni all time favourite, sebab memang marvelous! Banyak lagi F&B yang ada kat Jibby ni ranging from Eastern & Western cuisines, Africa pun ada okay.
Sekitar jam 2.30 petang, sesi lunch ended dengan jayanya. On the way nak ke carpark, exterior mural restoran ni berjaya menarik perhatian kami. So, another photoshoot session lah. Tapi aku takdelah nak campur sangat, maklumlah semua pakai iPhone. Aku je sesat Lenovo. Mana sekhufu tu..:-P
Tapi cannot lah kalau tak snap langsung. Aku ni bila update entri seboleh-bolehnya memang akan minimized pengunaan gambar dari phone orang lain. Nak jugak pakai gambar yang original dari Lenovo ni. Hee
Bergambar kenangan sebelum pulang ke office (picture credit to Matt). Takpe masuk lambat, bos ada. Hahahaha~

That's the wrap untuk entri malam ni. A very good restaurant, staff yang friendly, cozy environment dan juga wide range of delicious F&B. Walaupun nama dia Jibby, tapi aku still rate A+ for overall services. Highly recommended to everyone.

No comments:

Post a Comment