Wednesday, May 23, 2018

Kisah AKU n Ramadhan 2018 - Day 7

Assalamualaikum,

Eh, seminggu dah kita berpuasa rupanya. Rasa cepat pulak, nak kata kat office busy. Takdelah sangat, cuma baru semalam attend tender briefing kat AZRB. Tahun kedua berpuasa di AlloyMtd ni, ada ke yang lain dengan pengalaman tahun lepas?
Okay, kalau dulu aku keluar rumah awal. Tahun ni nampaknya tak berulang dah. New regulation bagi Ramadhan membolehkan staf pilih waktu masuk either 8.15 atau 8.45 pagi. Memang aku amik yang 8.45 lah, haha. At least dapatlah keluar rumah pukul 7.45 instead of pukul 6.30 macam dulu.
Tahun ni ada dua tender submission dalam bulan Ramadhan ni. Menariknya, kedua-dua tender dari company yang sama. Tarikh submission 8 dan 11 June respectively. Biasanya bila buat tender bulan puasa ni menang, macam LKSA tahun lepas. Hopefully, we can ace this one as well. Amin In Sha Allah.
Tidur bawah meja jangan dilupakan. Penting ni. Haha
Unlike tahun lepas, kali ni aku set masa balik rumah pada jam 6.20 petang instead of 5.30 macam dulu.. Walaupun kalau ikutkan dah boleh balik pukul 5pm. Saja je, last puasa bujang. Tahun depan mana boleh dah nak balik lambat camni. Huu
Crossing the Bypass sekitar jam 7 petang. Sunyi je, kereta pun tak banyak. Memang lah, dah semua orang kat rumah time ni. Kau je gila balik lambat..:-p
Siap amik real time note tu. Bukan apa, bezanya last year aku balik lalu dua highway (DUKE & PLUS) which costs me around RM 7.30 untuk one way. Masa balik still sama 6.20, tapi sampai rumah jam 7 petang camtu. As a part of cost cutting measure tahun ni, aku decided nak guna jalan dalam je. Sampai rumah lambat 10 minit je, dan yang paling penting - it's FREE!
Mengekalkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, ada pengagihan kurma dari AlloyMtd, dan juga dari bos Quatriz.
Alhamdulillah, masih tak tertinggal lagi Terawih berjemaah di Surau Mawarsari ni. Menyembang dengan geng Otai ni sampai jam 12 pun tak sedar. Haha
Perangai wajib setiap Ramadhan. Haha
On to plan Iftar tahun ni - baru ada tiga date yang dah confirmed. Petang ni (23 Mei) dengan cik tunang di IOI Puchong. Jumaat (25 Mei) dengan colleagues Quatriz di Nouvelle Hotel dan juga bro Sungai Buaya (9 Jun) ditempat yang belum kami decide. Plan iftar dengan family dan juga Bro UiTM pun belum diputuskan lagi, tapi ada perancangan lah. Hopefully ada lah ruang tahun ni..:-) 

Baiklah, habis lah cerita puasa minggu pertama aku tahun ni. Selamat berpuasa ye kepada you all semua dan semoga ketemu lagi di lain entri, In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment