Thursday, May 24, 2018

Kisah AKU n Iftar @ IOI Puchong

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share aktiviti malam ketujuh Ramadhan tahun ni. Seperti yang dirancang, buku program Ramadhan 2018 dibuka dengan iftar bersama tunang tersayang.
Plan asal nak gerak awal. Ingat habis je office hour, nak pergi pick up si Ija. Tapi banyak pulak kerja, sudahnya lepas Maghrib jugak gerak. Elok pun, at least dah solat dulu.
Soon we will find out your origin. Hehe
Kami pergi IOI Puchong je semalam. Malas nak pergi jauh-jauh, gaji tak masuk lagi. Huu
Sampai-sampai je terus cari port makan. Lapar gila. Mengigil kaki aku drive semalam. Haha. Teringin nak makan steak kat Swensen. Selama ni dok tengok je iklan kat FB.
Haha. Dah lama tak menyelfie. Maklumlah front camera aku kan cam hanat. Kasi chance sikit baby. Huu
Muka pasrah dapat cik abang gila selfie. Huu
Swensen' Sirloin Steak. Memang puas hati..:-)
Lepas berbuka kami terus menuju ke GSC. Excited beb nak tengok cerita ni. Cerita apa der?
It's SOLO time! Pergh, dah lama beb aku tunggu. Akhirnya Solo: A Star Wars Story dah pun berada di pawagam Malaysia!
Since tahun 2015, aku tak pernah missed pun pergi Fan Screening. Untuk kali ni, aku dah booked tiket siap-siap..:-)
Tapi unlike The Last Jedi (TLJ) tahun lepas, tak ramai sangat orang tengok. Maybe faktor showtime bulan puasa kot. Memang lame jugak kat GSC semalam, takde prop langsung nak bergambar. Fanatic fans pun tak seramai time premiere TLJ. Adalah berapa kerat orang yang pakai baju Star Wars macam aku ni. Huu
Bergambar kat sini pun jadi lah. Haha. Okaylah, nak teruskan dengan spoiler tak? Tak payah lah kot. Huu. Solo: A Star Wars Story ni mengisahkan kisah hidup Hero of The Rebellion, Han Solo. Dalam filem ni ada selitkan benda-benda yang SW fans nak tengok sangat for example; how Solo kenal Chewie, how he won the Millennium Falcon from Lando dan yang paling penting, how he beat the Kessel Run in 12 parsec. Cuma takde show pulak babak kat Tatooine bila dia berjumpa dengan Luke & Obi Wan Kenobi. Overall, memang fun cerita ni. Aku bagi 9 out of 10!
Movie habis around pukul 12 tengah malam. Aku terus hantar Ija ke rumah before singgah kedai mamak berdekatan tapau sahur. Walaupun office tak berkunci, aku tidur dalam kereta je semalam. Haha. Lagi best. Bangun sahur pukul 5, makan kat pantri. Solat subuh, pastu sambung tidur balik dalam kereta. Pukul 8 bangun, mandi then sambung kerja as usual.

Okay. Itu sahaja cerita malam ni. Buat sesiapa yang nak tengok SOLO. Sila lah ke panggung wayang yang berdekatan. Gerenti tak menyesal. Lagi pun content dia tak heavy sebab SOLO ni cerita spin off SW je. Not heavily related dengan Trilogy. You all yang tak pernah follow Star Wars pun boleh tengok..:-)

P/S: Macam nak tengok lagi lah. Huu

No comments:

Post a Comment