Saturday, May 26, 2018

Kisah AKU n Iftar @ Nouvelle Hotel

Assalamualaikum,

Hujan petang ni, sedap tidur. Tapi mata tak mengantuk pulak. Takpelah, boleh aku taip entri cerita semalam. Seperti yang dirancang, buku program Ramadhan 2018 aku diteruskan lagi dengan sesi iftar bersama rakan-rakan seperjuangan Quatriz. Unlike tahun lepas yang quite slow, untuk tahun ni belum masuk hari kesepuluh. Dah dua undangan iftar aku joined..:-)
Pagi semalam aku kat Batu Caves, lepas solat Jumaat aku terus datang ke TPM. Kalau ikut plan, diorang nak carpool together sekitar jam 6.30 petang ke venue iftar kami. Kalau keluar dari HQ pukul 5 memang takut tak sempat nak sampai on time.
Inilah venue majlis berbuka puasa kami semalam - Nouvelle Hotel. For those yang selalu guna Plaza Tol PLUS Sungai Besi. Mesti takkan missed punya bangunan yang ikonik ni. Huu
Walaupun lokasi hotel ni dengan ofis tak sampai 10 minit. Tapi bila bulan puasa, kena lah gerak awal takut jem. Plan 6.30 konon, last-last nak dekat jam 7 petang baru keluar. Sampai je ngam-ngam dah nak berbuka..:-p
Dengan bayaran RM30 per head, konsep buffet ni basically all you can eat lah. Berbaloi, sebab main course ada banyak pilihan. Belum menyinggah kat side stalls yang disediakan.
Amik gambar dulu before menjamu selera. Ni meja staf lelaki. Please be noted ni bukan official majlis iftar company tau (pernah ke ada? Hii). Kami arrange atas inisiatif sendiri..:-)
Meja staf wanita. Tapi aku pun menumpang dok sini semalam. Huu
Wakil Quatriz HQ (haha) dan juga Reza, our praktikal student.
Zaaba pun nak menyelit kat meja ni jugak. Mungkin sebab table sana diorang dah start main Mobile Legend kot. Huu
Aku ni kalau buffet memang biasanya amik satu round je. Tapi semalam, tiga round jugak. First main course, second makan kambing golek BBQ and last, benda ni lah. Jaga sikit badan tu bro, tak lama lagi nak kahwin dah..:-p
Semalam juga kami ada selitkan farewell party untuk one of our staff, Ima. Resigned for a better opportunity, she will be working with IT AlloyMtd pulak dan akan bertugas di HQ. As for me, takdelah farewell sangat. Silap-silap terjumpa dalam lif nanti. Haha
Sesi farewell speech..:-)
Semua bukan main fokus dengar, si Zaaba tu boleh melayan laksa..:-p
Bergambar kenangan before bergerak semula ke office. Gambar credit to Zaaba.
Sampai ofis sekitar jam 9.30 malam. I made my way back to Sungai Buaya. Apa gila jem malam semalam, nak dekat pukul 11 baru aku sampai rumah. Sana sini accident. Sudahnya sampai je terus tertidur keletihan, bangun tahu-tahu pukul 4.30 pagi. Sahur terus je lah..:-) 

Satu lagi undangan Iftar berjaya aku attend untuk tahun ni. In Sha Allah, Selasa depan pulak dengan bro-bro UiTM. Tapi ni tak sure lagi since ada yang tak respon. No worries, kita tak expect banyak. Kalau ada tu okay, kalau takde pun nak buat macam mana kan? Dengan kawan sekolah dah arrange, family ni belum lagi sebab nak kena tunggu adik balik. Hopefully ada lah.

P/S: Tengah marathon Star Wars: The Clone Wars ni. Layan jugak. Huu

Thursday, May 24, 2018

Kisah AKU n Iftar @ IOI Puchong

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share aktiviti malam ketujuh Ramadhan tahun ni. Seperti yang dirancang, buku program Ramadhan 2018 dibuka dengan iftar bersama tunang tersayang.
Plan asal nak gerak awal. Ingat habis je office hour, nak pergi pick up si Ija. Tapi banyak pulak kerja, sudahnya lepas Maghrib jugak gerak. Elok pun, at least dah solat dulu.
Soon we will find out your origin. Hehe
Kami pergi IOI Puchong je semalam. Malas nak pergi jauh-jauh, gaji tak masuk lagi. Huu
Sampai-sampai je terus cari port makan. Lapar gila. Mengigil kaki aku drive semalam. Haha. Teringin nak makan steak kat Swensen. Selama ni dok tengok je iklan kat FB.
Haha. Dah lama tak menyelfie. Maklumlah front camera aku kan cam hanat. Kasi chance sikit baby. Huu
Muka pasrah dapat cik abang gila selfie. Huu
Swensen' Sirloin Steak. Memang puas hati..:-)
Lepas berbuka kami terus menuju ke GSC. Excited beb nak tengok cerita ni. Cerita apa der?
It's SOLO time! Pergh, dah lama beb aku tunggu. Akhirnya Solo: A Star Wars Story dah pun berada di pawagam Malaysia!
Since tahun 2015, aku tak pernah missed pun pergi Fan Screening. Untuk kali ni, aku dah booked tiket siap-siap..:-)
Tapi unlike The Last Jedi (TLJ) tahun lepas, tak ramai sangat orang tengok. Maybe faktor showtime bulan puasa kot. Memang lame jugak kat GSC semalam, takde prop langsung nak bergambar. Fanatic fans pun tak seramai time premiere TLJ. Adalah berapa kerat orang yang pakai baju Star Wars macam aku ni. Huu
Bergambar kat sini pun jadi lah. Haha. Okaylah, nak teruskan dengan spoiler tak? Tak payah lah kot. Huu. Solo: A Star Wars Story ni mengisahkan kisah hidup Hero of The Rebellion, Han Solo. Dalam filem ni ada selitkan benda-benda yang SW fans nak tengok sangat for example; how Solo kenal Chewie, how he won the Millennium Falcon from Lando dan yang paling penting, how he beat the Kessel Run in 12 parsec. Cuma takde show pulak babak kat Tatooine bila dia berjumpa dengan Luke & Obi Wan Kenobi. Overall, memang fun cerita ni. Aku bagi 9 out of 10!
Movie habis around pukul 12 tengah malam. Aku terus hantar Ija ke rumah before singgah kedai mamak berdekatan tapau sahur. Walaupun office tak berkunci, aku tidur dalam kereta je semalam. Haha. Lagi best. Bangun sahur pukul 5, makan kat pantri. Solat subuh, pastu sambung tidur balik dalam kereta. Pukul 8 bangun, mandi then sambung kerja as usual.

Okay. Itu sahaja cerita malam ni. Buat sesiapa yang nak tengok SOLO. Sila lah ke panggung wayang yang berdekatan. Gerenti tak menyesal. Lagi pun content dia tak heavy sebab SOLO ni cerita spin off SW je. Not heavily related dengan Trilogy. You all yang tak pernah follow Star Wars pun boleh tengok..:-)

P/S: Macam nak tengok lagi lah. Huu

Wednesday, May 23, 2018

Kisah AKU n Ramadhan 2018 - Day 7

Assalamualaikum,

Eh, seminggu dah kita berpuasa rupanya. Rasa cepat pulak, nak kata kat office busy. Takdelah sangat, cuma baru semalam attend tender briefing kat AZRB. Tahun kedua berpuasa di AlloyMtd ni, ada ke yang lain dengan pengalaman tahun lepas?
Okay, kalau dulu aku keluar rumah awal. Tahun ni nampaknya tak berulang dah. New regulation bagi Ramadhan membolehkan staf pilih waktu masuk either 8.15 atau 8.45 pagi. Memang aku amik yang 8.45 lah, haha. At least dapatlah keluar rumah pukul 7.45 instead of pukul 6.30 macam dulu.
Tahun ni ada dua tender submission dalam bulan Ramadhan ni. Menariknya, kedua-dua tender dari company yang sama. Tarikh submission 8 dan 11 June respectively. Biasanya bila buat tender bulan puasa ni menang, macam LKSA tahun lepas. Hopefully, we can ace this one as well. Amin In Sha Allah.
Tidur bawah meja jangan dilupakan. Penting ni. Haha
Unlike tahun lepas, kali ni aku set masa balik rumah pada jam 6.20 petang instead of 5.30 macam dulu.. Walaupun kalau ikutkan dah boleh balik pukul 5pm. Saja je, last puasa bujang. Tahun depan mana boleh dah nak balik lambat camni. Huu
Crossing the Bypass sekitar jam 7 petang. Sunyi je, kereta pun tak banyak. Memang lah, dah semua orang kat rumah time ni. Kau je gila balik lambat..:-p
Siap amik real time note tu. Bukan apa, bezanya last year aku balik lalu dua highway (DUKE & PLUS) which costs me around RM 7.30 untuk one way. Masa balik still sama 6.20, tapi sampai rumah jam 7 petang camtu. As a part of cost cutting measure tahun ni, aku decided nak guna jalan dalam je. Sampai rumah lambat 10 minit je, dan yang paling penting - it's FREE!
Mengekalkan tradisi tahun-tahun sebelumnya, ada pengagihan kurma dari AlloyMtd, dan juga dari bos Quatriz.
Alhamdulillah, masih tak tertinggal lagi Terawih berjemaah di Surau Mawarsari ni. Menyembang dengan geng Otai ni sampai jam 12 pun tak sedar. Haha
Perangai wajib setiap Ramadhan. Haha
On to plan Iftar tahun ni - baru ada tiga date yang dah confirmed. Petang ni (23 Mei) dengan cik tunang di IOI Puchong. Jumaat (25 Mei) dengan colleagues Quatriz di Nouvelle Hotel dan juga bro Sungai Buaya (9 Jun) ditempat yang belum kami decide. Plan iftar dengan family dan juga Bro UiTM pun belum diputuskan lagi, tapi ada perancangan lah. Hopefully ada lah ruang tahun ni..:-) 

Baiklah, habis lah cerita puasa minggu pertama aku tahun ni. Selamat berpuasa ye kepada you all semua dan semoga ketemu lagi di lain entri, In Sha Allah.

Thursday, May 17, 2018

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2018

Assalamualaikum,

Tanggal 17 Mei merupakan hari pertama Muslimin dan Muslimat menyambut Ramadhan bagi tahun 2018 ini. Terlebih dahulu suka aku ingin mengalu-alukan kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang ditunggu-tunggu ini sudah tentunya bakal menjadi platform yang baik untuk beribadah kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan tawadhuk.
Bagi Ramadhan tahun ni, Alhamdulillah aku berada didalam keadaan yang sihat. Surprisingly seperti tahun lepas, untuk permulaan puasa ni aku kena ulser lagi kat mulut ni.  Sikit je tu. Masih lagi didalam workforce dan Ramadhan kali ini merupakan tahun keempat aku sebagai seorang yang berkerjaya tetap.
First day Ramadhan diraikan bersama mak ayah, Along and Mikail pun ada sebab nak pergi check up kat HKL minggu depan. As usual, adik takde bersama kami untuk tahun kedua berturut-turut. Biasalah, Presiden MPP, mestilah busy dengan event universiti. 
Venue Terawih tahun ni masih lagi di Surau Mawarsari ni, senang. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Cuma semalam rushing sikit sebab tak perasan diorang dah start. Speaker rosak katanya. Berlari aku semalam. Haha
Menutup entri pertama Ramadhan 2018, I wish you guys selamat mengharungi ibadah puasa. Pertingkatkan amalan serta jauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa kita. Semoga Ramadhan 2018 ni kita dapat gunakan sebaik mungkin dalam mengejar keredhaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

P/S: Tahun ni ingat nak update by event lagi. In Sha Allah, kalau ada aktiviti such as iftar, shopping etc. Adalah aku share kat sini. 

Kisah AKU n Luncheon @ Jibby KL East Gallery

Assalamualaikum,

Mata pun tak mengantuk lagi, update blog lah gamaknya. Balik Terawih tadi around 10 malam, tak lepak moreh pun dengan otai-otai tadi. Tu yang cepat balik, kalau melepak dengan diorang sampai pukul 12 pun tak habis. Lagi-lagi sekarang ni banyak topik boekk nak sembang. Maklumlah, baru bertukar gomen. Okaylah, tengah malam ni aku nak share sikit aktiviti staf Quatriz pada hari terakhir before memasuki Ramadhan 2018 ni.
Time lunch tadi semua staf Quatriz di AlloyMtd HQ makan besar kat Jibby East Cafe & Restaurant yang terletak di KL East Gallery Sime Darby, Melawati. Kami berlima disertai our big boss, Pn. Zihan yang kebetulan ada free-time to join us together.
Masuk-masuk je dah kena jadi model Matt, maklumlah brader tu hobi dia photography. Buat pulak masuk restoran yang cozy macam ni. Sesuai sangatlah nak berphotoshoot. Haha. Anyway, very beautiful pic. Credit to Matt.
Kak Shikin dan Kak Amy tengah bersosial. Well, social media pun a part of socialization jugak. Huu
Matt dan juga staf baru kami, Shima. Ni lah yang replaced Kak Nurul dalam Account Dept kitorang. Welcome to Quatriz HQ, where every newbie kena belanja on two occasion - first salary & first claim. Tapi hat lunch tadi bos payung. Haha
Jibby East Signature Hawaiian Pizza sebagai starter bagi luncheon yang mengenyangkan..:-)
Aku order benda ni tadi - Panko Parmesan Crusted Chicken by recommendation staf sini. Katanya ni yang paling top. Bila dah rasa baru tahu kenapa yang ni all time favourite, sebab memang marvelous! Banyak lagi F&B yang ada kat Jibby ni ranging from Eastern & Western cuisines, Africa pun ada okay.
Sekitar jam 2.30 petang, sesi lunch ended dengan jayanya. On the way nak ke carpark, exterior mural restoran ni berjaya menarik perhatian kami. So, another photoshoot session lah. Tapi aku takdelah nak campur sangat, maklumlah semua pakai iPhone. Aku je sesat Lenovo. Mana sekhufu tu..:-P
Tapi cannot lah kalau tak snap langsung. Aku ni bila update entri seboleh-bolehnya memang akan minimized pengunaan gambar dari phone orang lain. Nak jugak pakai gambar yang original dari Lenovo ni. Hee
Bergambar kenangan sebelum pulang ke office (picture credit to Matt). Takpe masuk lambat, bos ada. Hahahaha~

That's the wrap untuk entri malam ni. A very good restaurant, staff yang friendly, cozy environment dan juga wide range of delicious F&B. Walaupun nama dia Jibby, tapi aku still rate A+ for overall services. Highly recommended to everyone.