Saturday, January 27, 2018

Kisah AKU n Au Revoir, Kak Nurul

Assalamualaikum,

Okay, entri kedua malam ni berkenaan satu event yang happened dekat office last Thursday. Our Account Assistant, Kak Nurul will be leaving us next week. Jadi, event yang dimaksudkan ialah a lunch session to bid our farewell to her.
Seawal jam 12.30 lagi kami dah bergerak meninggalkan office dan made our way to Wangsa Walk. Kami plan to have our makan-makan kat sini. Gaji dah masuk, so apa ada hal. Haha. Bila datang Wangsa Walk ni teringat pulak office lama. Dekat row shoplot depan ni lah terletaknya CapSource, company kedua dalam career aku. Good company, tapi sayangnya jodoh tak lama kat sini. Still ingat selalu park kereta depan Bank Islam tu..:-)
Since keluar awal plus jalan quite clear, memang cepat jugak kami sampai hari tu. We decided to hold our farewell lunch dekat The Manhattan Fish Market. Rasanya dulu time farewell Kak Ain pun buat kat Manhattan jugak.
Kami staf-staf HQ je yang attend farewell lunch tu. Yelah, dah memang tak bagitau budak-budak TPM pun. Haha. Dari kiri, Kak Syikin, Matt, Kak Nurul dan Kak Amy.
Hidangan lunch kami petang tu. Bukan selalu dapat makan-makan dengan kawan ofis camni, time farewell je lah kot. Huu
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz HQ. Nak kena gunting rambut ni, dari jauh dah macam beruang jambang muka aku ni. Hahaha. Picture credit to Kak Amy.
Lepas makan berjalan-jalan sekejap kat dalam Wangsa Walk. Semua pakat test spek baru. Aku ni tak tau lah bila nak tukar cermin mata. Pakai lens + bingkai since February 2012, nak dekat 6 tahun beb!
Sampai Batu Caves around 2PM, sesi memotong kek yang sempat kami beli kat Secret Recipe. Normally aku ni tak makan kek coklat. But untuk Kak Nurul, boleh lah makan sepotong. Akak ni berkhidmat dengan our company Account Department since awal 2016. Left for a good reason untuk better career opportunity, we wish you good luck for your new job!
Hari Jumaat ada operation meeting kat TPM. I took this opportunity to meet cik adik manis ni. Hii. Rasanya nak dekat sebulan jugak tak jumpa kan? Orang tua-tua kata jangan berjumpa sangat bila dah bertunang. Sebulan sekali kira okay apa. We had a fine dinner at Azee's Cafe sambil berbincang progress majlis kami November nanti..:-)
Sampai Sungai Buaya dalam pukul 11, sambung ngeteh dengan bro-bro kat Kedai Siam sampai jam 3 pagi. Mana taknya, dengan diorang ni pun dah lama tak melepak jjugak. Dolah baru je habis semester kat UNISEL, Afiq pulak sekarang ni dah bertugas kat Domino's Bukit Sentosa. Adakah ni permulaan bagi our good old time? Huu
Petang tadi teman ayah dan Bro Syazwan ke NSK cari barang dapur sikit. Sempat lagi main arked. Haha

So, itu lah cerita minggu ni. Macam-macam cerita ada. Dengan kawan ofis, cik tunang, kawan-kawan sekolah, family. Slack tak sempat dengan kawan-kawan UiTM je. Kalau tak complete satu round. Hee. Remember, keep things balance.

P/S: Esok 4th Round FA Cup, Newcastle VS Chelsea. Good luck lads!

No comments:

Post a Comment