Thursday, January 18, 2018

Kisah AKU n Busy January!

Assalamualaikum,

Maaf lah lama tak update. Quite busy with a lot of meetings, appointments etc untuk minggu ni. Entri ni pun sebenarnya cerita minggu lepas. Haha. Dah basi kalau ikutkan, but what the hell. Janji berupdate. Still ingat azam 2018, 100 entry tahun ni. Huu
8 Januari yang lepas, kami dengan jayanya telah menganjurkan sebuah workshop untuk staf-staf LLM yang terlibat dalam development of Toll Information System. Event yang berlangsung di Network Lounge, Resource Center, Technology Park Malaysia ini merupakan a part of scope from projek yang kami menang Disember tahun lepas..:-)
Sebagai PMO dalam projek ni, aku joined monitor event ni for documentation and reporting purposes. Yelah, nak buat claim interim payment nanti mesti attach sekali report, gambar-gambar sikit.
On behalf of Quatriz, kami amat berbesar hati menerima kunjungan staf-staf dari Lembaga Lebuhraya Malaysia dalam menjayakan bengkel ini..:-)
Tak silap hari Khamis baru dapat report to HQ. Kalau ikut letter aku based kat sini tapi lately macam dah terbalik pulak. Lagi banyak spend masa dekat TPM dari Batu Caves ni. Apa boleh buat, nama pun kerja.
Kalau dulu balik rumah terus masuk bilik, sekarang pulak mesti nak menyinggah bilik Along tengok si kecik ni. FYI, Along sekarang berpantang dekat Sungai Buaya, so memang setiap malam lah dengar Mikhail ni merengek. Kekok pulak rasanya bergelar uncle ni. Huhu
Hai, nama saya Ilhan Mikhail @ Mike. Tapi Acik Farid selalu panggil saya Kentang. Huhu 
Kebetulan last week aku ada dekat TPM, on the way nak balik rumah melencong sekejap ke Bandar Tasik Selatan. Sempat lah ambil sijil kursus pra-perkahwinan ni. Okay, step kedua done! Tengok kalendar, lagi 10 bulan je beb. Asal macam cepat je masa ni. Nervous pulak saya. Hee

So, itu lah cerita basi minggu lepas. Don't worry, minggu ni pun ada story jugak. Tunggu je lah. Okay, nak tidur dulu since esok nak ke HQ. Kat sana lewat seminit pun dah masuk rekod. Macam sekolah pulak rasanya. Haha

No comments:

Post a Comment