Monday, January 1, 2018

Kisah AKU n 2018 Resolution

Assalamualaikum 2018,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2018. Tahun 2017 seperti yang dijangka telah memberi banyak cerita suka dan duka kepada aku. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Tahun ni merupakan tahun kelapan aku berblogging. Semoga aku terus bersemangat dalam menyajikan pengalaman dan cerita yang dapat memberikan manfaat untuk umat manusia. Amin

Kerjaya: Ogos 2018 bakal menjadi tahun kedua aku di Quatriz dan AlloyMtd. Seiring dengan career advancement, aku mengharapkan tahun ni ada peningkatan kerja baik dari segi job scope ataupun tidak. Kualitatifnya aku aiming for a promotion this year. Wish me luck!

Aset: Mengulangi azam tahun lepas yang failed, tahun ni aku akan mencuba sekali lagi untuk mendapatkan sebuah unit rumah. Aku belum buat detail calculation, tapi I'm confident it can be done within this year.

Family: Sama jugak, tahun lepas failed to bawa family berjalan. This year harapnya dimurahkan rezeki supaya dapat berbakti kepada mak ayah. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan juga uncle yang awesome untuk anak Along. Haha

Pasangan: Alhamdulillah, tahun lepas aku dipertemukan dengan Cik K. Informal discussion pun dah dibuat diantara dua pihak. In Sya Allah, bulan November tahun ni kami akan disatukan. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ditetapkan iman dan hati kami dalam mengharungi ujian. Dan juga dikurniakan hadiah pernikahan yang diredhaiNya. Amin In Sya Allah.

Haa, that's my resolution untuk 2018. Most of it nampak sama je setiap tahun tapi yang membezakannya tanggungjawab with exception of blogging. Speaking about kerjaya, you want promotion. You need to win it. Aset pulak, kalau nak beli rumah. Save more, spend less. Nak jadi anak yang baik? Nampak senang, tapi how you want to juggle between family, friends and cinta hati? Thats where your commitment will be tested. Yang hat pasangan pulak, this is a time where kami akan diuji. Harapnya semua berjalan lancar. Challenge yourself. Dah nama pun azam. Kalau takde cabaran bukan azam lah namanya. Mungkin Azim. Haha (Tak sampai kan punchline?)


Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

No comments:

Post a Comment