Happy New Year everyone! Dah masuk 2018 beb, tak percaya pulak rasanya. Okaylah, pagi ni aku nak story sikit tentang cerita malam tahun baru aku tahun ni. 2016 sambut kat Krabi, tahun lepas kat Alor Setar. Tahun ni dekat Shah Alam je. Huu. Ingatkan jauh sangatlah tadi. Jadilah, dari duduk rumah tak buat apa kan. Elok keluar jap jumpa rakan-rakan seperjuangan yang dah lama tak berhangout ni.
Aku gerak dari rumah sekitar jam 8 malam. Jalan memang jem nak masuk ke Shah Alam, terutamaya dekat area I-City. Sampai je rumah sewa diorang di Seksyen 7 sekitar jam 9 malam, aku terus mencadangkan alternatif plan iaitu naik motor je. Since memang not very feasible to drive, buat pulak kami nak ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam which is parking memang limited.
Teringat pulak zaman belajar kat UiTM dulu. Gini lah rupanya ni aku nak pergi kelas. Pakai helmet siap-siap dari rumah, dah macam angkasawan je bila turun tangga. Haha
Naik sekali dengan Joe. Memang mengimbau kenangan zaman belajar. Ni lah jalan kami nak ke Gate UiTM. Teringat bila hujan, mesti ada orang dalam kereta gelak kami yang naik motor ni. Mana taknya, habis lenjun bila lebat. Nak langgar traffic light takut kita pulak yang kena langgar. Haha
Kami tiba di Plaza Alam Sentral sekitar jam 9.30 malam. Plannya nak berkarok kat sini dulu. Elok sangat dapat 2 jam, bila habis terus gerak pergi Dataran which is quite a walking distance from mall ni.
Peace yo! Aku tengok dalam blog kau ni asyik berkarok je. 3 minggu lepas dengan kawan Quatriz kat Sri Petaling, minggu lepas dengan Bros Sungai Buaya kat U8. Laa ni pulak dengan Bros Shah Alam. Apa boleh buat, dah minat. Huu
Lama gila tak melenjan karok dengan bro-bro ni. Last check tengok entri 7 May kat Space U8. Perghh, dah 7 bulan rupanya! Patutlah rindu nak dengar suara merdu dua ketul ni..:-p
Dulu time kami masih menuntut, sini lah tempat release tension. Normally lepas kelas Math or Accounting, dan semestinya lepas habis exam paper. Haha
Habis je karok, kami terus berjalan ke Dataran. Lepak sini sambil menunggu detik 12 malam untuk menandakan telah masuknya tahun baru..:-)
12AM - Happy New Year! Semua orang yang lepak sini tadi kena troll dengan MBSA. Takde bunga api pun. Haha, cibot betul. Buang karen je menunggu. Muka orang kat situ semua stok panas je. Kalau tau baik sambung karok sejam lagi..:-P
Shortly after the disappointed new year celebration kat sini, kami terus menuju ke Hakim for a late dinner. Lama kami bersembang tadi, pukul 3 jugak dismissed. Itu pun sebab Joe dah lemau. Kalau tak tahulah pukul berapa nak blah. Nak kata banyak cerita, rasanya Rabu lepas aku datang sembang benda yang sama jugak. Haha
1 Januari dah ada 2 entries. Impressive start untuk tahun 2018. Keep it up. I believe this is a good sign with more stories to come. Tahun lepas kita catatkan 92 posts. Let's hit 100 entries tahun ni. You can do it Farid!
No comments:
Post a Comment