Saturday, January 27, 2018

Kisah AKU n Get Well Soon, Mike

Assalamualaikum,

Malam ni plan nak menaip dua entri. Boleh tahan aktif jugak kaunter blog aku Januari ni. Good, keep it up. Kalau sebulan konsisten 9-10 entri, come Disember nanti confirm melepasi target kita tahun 100 entries for 2018. Okaylah, entri pertama malam ni nak story sikit pasal my nephew, Mike. Warded pulak kat KPJ Rawang sebab demam minggu ni.
Aku dapat berita hari Selasa lepas. Mak yang share kata Mikhail masuk hospital. Nasib baiklah dekat KPJ Rawang, senanglah nak melawat since satu jalan nak ke rumah je. Kalau kat HKL tu fikir dua kali jugak nak datang. Haha. Apa punya pakcik lah..:-p
KPJ Rawang ni memang best. Hospitalnya tak lah besar, tapi fasiliti memang lengkap. Ada coffee house, kafeteria, convenient store etc. Parking pun senang, siap pakai Touch n Go lagi. 
Minggu ni memang kebetulan aku ada je dekat HQ. On the way nak balik rumah memang lalu jalan dalam je, sempatlah singgah melawat budak demam ni sekejap. At first plan nak datang hari Selasa je, last-last every petang aku menyinggah jugak. Yelah, balik rumah bukan ada orang pun..:-)
Sekali tengok macam muka Along, dua kali tengok ada rupa Syazwan. Memanglah dah tu mak bapak dia. Haha
Tunjuk muka sikit. Nanti apa pulak orang kata. Hee
Hari Khamis abang ipar aku baru berkesempatan datang ke Rawang. Susah nak dapat pelepasan cuti katanya since baru je berpindah dari estet Asahan ke Port Dickson. 
Haa, Uncle Faris pun ada jugak hari tu. Tapi tu lah budak kecik ni, time orang ramai datang tak nak buka mata pulak. Buat-buat tido lah tu. Huu
Biasanya pukul 9.30 malam aku baru balik rumah. Tunggu jalan clear dulu. Siapa-siapa yang kenal tahulah peel aku yang hate traffic jammed to death. Bukan setakat jalan jem, jalan banyak kereta pun aku tak suka. Kalau boleh aku nak drive sorang-sorang je atas jalan tu. Haha
Muka ada senyum sebab dapat balik rumah pagi tadi. Awal pulak dapat balik, kalau ikutkan hari tu doktor nak kuarantin seminggu. Alhamdulillah, we all know Mike ni such a strong boy. Dah dapat balik rumah ni jangan kuat menangis pulak. Haha

Itu lah cerita budak demam minggu ni. Moral of the story, kalau ada sedara mara or jiran-jiran yang nak melawat bayi yang baru lahir. Don't be selfish. Check dulu kesihatan whether okay ke tak, takut jadi punca je budak tu dapat jangkitan kuman etc. Well, nama pun baby yang memang fragile and vulnerable dengan bakteria, or virus within their environment. Alternatively, kalau degil nak datang jugak, bawak lah protective mask siap-siap untuk safety precaution..:-)

No comments:

Post a Comment