Sunday, February 4, 2018

Kisah AKU n Quatriz Badminton Nite

Assalamualaikum,

Petang ni nak story sikit pasal aktiviti sukan bersama rakan-rakan office Jumaat lepas. Nak cerita pasal benda ni, sejak bekerja ni jarang aku bersukan. Last main futsal April tahun lepas kat Zelka. Badminton pulak lagi lama tak beraksi, main dengan otai Sungai Buaya rasanya Oktober 2016. Haha, bapak lama gila tak bersukan. Patutlah mengembang dengan jayanya..:-p
Minggu ni aku full week kat TPM, conduct internal audit. Dulu team auditor ada 5 orang, sekarang tinggal 2 je yang lain smua either resigned or ditamatkan kontrak.
Memang letih, balik pun lewat je since nak kena study proses berkaitan. Takdelah senang kena manipulate dengan auditee..:-p
Ada orang masakkan untuk kita lah. Huu
Nak dijadikan cerita, Jumaat tu pagi-pagi lagi Helmi dah inform pasal plan nak berbadminton. Aku pulak memang sejak minggu lepas lagi dah standby reket, kasut, baju, seluar semua dalam kereta. On kan je lah. As being planned, aku park kereta kat Puncak Jalil. Dari situ, carpool kereta Sepon untuk ke Puchong
.
Perjalanan mengambil masa sekitar 20 minit. Jiran Sepon, Meor pun join jugak hari tu.
Ni lah venue kami bersukan malam tu. Apa nama pun aku tak ingat. Tapi memang besar dan complete. Ada fasiliti untuk orang main futsal, badminton, takraw, ping pong etc.
10am - Warm up dulu. Asalnya kami book court untuk satu jam je. Organizer, Helmi tak dapat join pulak atas family matter.
Game on! Selain aku, Sepon dan Meor. Azrul ada jugak datang, together with ex-staff Quatriz, Shah. Ima pun tak nak melepaskan peluang berbadminton dengan kitorang jugak. Tu yang tambah lagi satu jam.
Memang berpeluh jugak hari tu. Stamina ada je lagi, tapi cukup frust lah dengan performance. Maklumlah, dah nak dekat dua tahun beb tak pegang reket. Ni baru nak berjinak-jinak balik..:-)
12am -  aktiviti sukan malam tu ditamatkan. Memang enjoy main walaupun kelaut jugak. Sorry lah untuk siapa yang partner dengan aku hari tu. Haha
Bersembang next game sebelum balik. In Sha Allah geng, kalau takde aral or yang paling tepat sekali if aku ada kat Bukit Jalil. Memang aku confirm join.
Singgah minum Jagung Madu recommended by Sepon kat area rumah dia. Pukul 2 pagi I left Bukit Jalil and made my way back to Sungai Buaya.

Seronok dapat beriadah keluarkan peluh dan membakar lemak. Harapnya dapat konsisten lah every month. Dapat join dua kali sebulan pun okay dah kot. Ini tengok update blog post pasal bersukan 2 kali setahun je apa hal? Haha. Dulu time kat UiTM rasanya setiap minggu berbadminton dengan Joe and the geng. Apa-apapun, good start untuk tahun ni. Keep it up!

No comments:

Post a Comment