Saturday, February 17, 2018

Kisah AKU n Happy CNY 2018!

Assalamualaikum,

Masih tak terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan beragama Tionghua. Semoga raya korang tahun ni diisi dengan aktiviti berfaedah. Tahun Dog dengarnya kali ni, walaupun aku ni more cat person tapi it's okaylah. Haha. Malam ni nak update dua entri, ingat nak combine jadi satu tapi banyak pulak so kita splitkan je supaya tak padat.
Petang Isnin, lepas office hour aku terus shoot ke Nilai. Nak menghantar stok budak ni. Singgah dinner KFC before pulang ke Rawang. 
Hari Selasa meluangkan masa buat kad untuk my selected and preferred vendor dan juga partner yang telah memberikan servis terbaik sepanjang tahun 2017. Alang-alang AlloyMtd ada buat kad tahun ni, sambar lah sepuluh keping. Huu
Pagi Rabu ada meeting kat Wisma Perkeso. Datang punya awal, ingatkan jalan jem. Sekali clear gila, keluar rumah pukul 7 pagi, 7.40 dah sampai menara yang located kat Jalan Tun Razak ni. Sempatlah sambung tidur sekejap dalam kereta..:-p
Nak kejar masa punya pasal, malam tu balik pukul 9.30 malam jugak. Menyiapkan report internal audit yang tertangguh. Seram jugak duduk sorang-sorang kat atas ni. Orang kata macam-macam cerita ada kat menara ni. Mintak simpang lah ye, aku ni nak kerja cari duit. Bukan nak buat maksiat pun.
Khamis ada meeting kat TPM, petang tu gerak ke Nilai amik budak ni. Haree betul, kalau tahu kau nak balik minggu ni. Takde aku susah-susah hantar barang kau Isnin tu. Sebagai balasan, balik Rawang kau drive. Biar aku rehat pulak, dah la jem nak datang sini. Huu
Tapi ada hikmah pun bro ni balik, dia bawak installer The Sims 4 yang aku tunggu-tunggu. Dapat jugak merasa main game yang mantap ni, walaupun kena set low spec..:-)
Malam hari Jumaat kami ke TESCO Rawang, sekali dengan ayah dan Syazwan. Biasalah dah lama tak melepak berempat.
Adik nak cari baju batik sebenarnya. Maklumlah sejak jadi MPP ni banyak attend meeting dengan orang gomen. Haha. Lepas shopping, singgah minum sampai jam 11.

Okaylah, sambungan next entry pulak pasal aktiviti hujung minggu. Two weddings and our makan besar kat restoran favourite. Nak tau kat mana? Stay tuned!

No comments:

Post a Comment