Sunday, February 11, 2018

Kisah AKU n Adilah's Wedding @ Institut Kraf Negara

Assalamualaikum,

Tak boleh nak lelap pulak mata aku ni. Petang tadi takde tidur pun. Okay, sudah-sudah lah mengarut awal pagi ni bro. Alang-alang tak mengantuk eloklah hang bercerita sikit aktiviti minggu ni.
Rabu lepas aku ada afternoon meeting kat Kota Kemuning, memang elok sangatlah. Boleh singgah Shah Alam jumpa kawan-kawan, lama jugak tak mengeteh dengan diorang sejak New Year hari tu. Habis je meeting pukul 5, aku terus call Joe yang sentiasa ON. Huu. Bro yang lain pun semua ON jugak, aku pun bergerak ke Seksyen 7. Sampai sana quite awal, singgah solat Asar kat surau berdekatan sebelum park kereta. Sementara tunggu diorang balik, aku meluangkan masa bersiar-siar kat kawasan bekas rumah sewa ketika aku menuntut di UiTM dulu. Kalau nak tau yang atas belah kanan tu lah 'safe house' aku. Tinggi kan, hari-hari turun naik tangga. Sebab tu time belajar, gua fit. Hehe
Perghh, kat taman ni lah tempat bergayut dulu. Bukan apa, bila bergayut kat balkoni confirmed si Mujahid tu kacau daun. Sudahnya aku turun terus ke bawah ni. Ada privasi sikit. Hii
Joe sampai rumah sekitar jam 6.30 petang, aku tumpang berehat kat rumah dia before aktiviti minum malam diteruskan around 8 malam. Pok Jad (kiri) pun join jugak malam tu. Bukan senang nak melepak dengan bro ni, asal aku datang je selalu ada hal lain..:-p
Lepak minum bawah flat diorang je malam tu. Biasalah awal bulan, nak kena strictly manage kewangan ikut plan. Jangan nanti dah tengah bulan makan maggi pulak. Haha
Just like old time brothers, tapi kurang satu ahli, Helmy. Jauh bro tu menetap kat Johor. Plus, dah jadi bapa sekarang. Tapi rasanya time single mingle dulu pun jarang bro tu join kitorang ngeteh camni. Maklumlah, geng Surau Perindu. Huu
Jumaat lepas Ayah kata ada staff Malpro (ex-company) datang rumah nak bagi kad kahwin ni. Rupa-rupanya jemputan dari Dato' Ruslee sekeluarga untuk majlis persandingan anak perempuan dia, Adilah yang juga bekas rakan sekelas aku kat sekolah rendah dulu.
Since aku pun tak buat apa petang tadi, elok lah nak join. Mana lah tahu boleh terjumpa kawan-kawan lama lagi. Majlis berlangsung di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara, Selayang. Haha. Masuk ni dah 3 majlis aku pergi dalam masa 2 bulan kat dewan ni..:-p
Seperti yang dijangka, ada beberapa rakan seperjuangan kat sekolah dulu yang turut sama-sama hadir meraikan majlis persandingan rakan kami ni. Dari kiri - Azran dan Jay
From right to left - Dee, Ubai dan Faiz bersama isterinya, Huda yang juga merupakan kawan sekelas kami dulu. Elok betul kahwin dengan classmate. Sorry tak dapat attend majlis korang hari tu, aku pergi kursus kahwin hari tu. Apa ingat korang je ke nak seronok-seronok? Haha
Gambar banyak kat henset Ubai. Kot lah dia dah share nanti aku tambah kat sini. Bukan setakat jumpa kawan sekolah, bekas rakan-rakan sepejabat di Malpro pun boleh tahan ramai yang attend semalam. Sempatlah bersembang dengan Bro Mie, En. Amin , Kak Siti dan Pak Ku tadi. Sekitar jam 4 petang aku meminta izin hos majlis, Dato' Ruslee dan Datin Saveyah untuk pulang kerumah.
Ni pulak cerita malam Sabtu aku dengan ayah. Melepak kat Aimar Corner, jangan confuse pulak. Restoran ni takde kaitan dengan striker JDT, Pablo Aimar tau. Port baru nak melepak kat Bukit Sentosa with a lot of food choices, live band pun ada kat sini. Cuma bila band tu main musik rock, memang kalau korang bersembang satu apa pun tak dengar. 

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Adila dan pasangan. Semoga ikatan pernikahan korang diberkati dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah. Okaylah, rasa macam nak tidur. Haha. Semoga berjumpa lagi dilain entri. Till then, take care.

P/S: Malam ni Newcastle lawan MU. Redha je lah result apa yang dapat. Haha

No comments:

Post a Comment