Sunday, February 25, 2018

Kisah AKU n It's Official!

Assalamualaikum,

Slow betul network Maxis kat PD ni. Bukan yang dekat dengan pantai tu, ni yang kedalam lagi. WhatsApp masuk lambat, nak stream video apatah lagi. FYI, abang ipar aku baru je berpindah estet baru dekat Sua Betong, Port Dickson. Lama jugak rasanya dia dah transfer kat sini since Disember tahun lepas, laa ni baru aku berpeluang datang melawat. Aku datang melawat ni pun ada sebab sebenarnya. Nak tahu apa? Jom lah baca.

Jom start dengan office talk dulu. Minggu ni aku diserang demam selsema. Walaupun kesihatan aku drop to the lowest point, but still hari-hari aku left the office 9 malam. Dekat HQ Batu Caves tau, bukan kat TPM. Time demam lah pulak banyak kerja pun.
Dalam demam pun sempat lagi dating dengan Ija ni. Sebab memang dah janji nak beli cincin baru malam Selasa tu. Karang krik, krik pulak datang Melaka nanti.
Raised the flag! Ada dua tender submission nak kena completekan by Business Development Dept before 8 Mac.
Hari Khamis attend dua meeting kat KL. Baru demam nak kebah tiba-tiba datang balik, nasib baiklah lepas tidur dah okay. Betul lah cakap doktor, bila demam yang penting rehat. Kalau makan ubat pun tapi still kerja macam machine, takkan sihatnya badan tu.
Hari Jumaat meluangkan masa observing ISO Refresher Training conducted by Nawawi untuk Software Development Dept. Ni a part of corrective action yang aku keluarkan last audit. Huu
I left the office sekitar jam 8.30 malam Jumaat tu and made my way directly to Port Dickson. Bayangkan keluar je Tol Sg Besi dah jem macam ni sampai exit Kajang. Pishang..:-p
First time lalu Seremban-Port Dickson Highway (SPDH). Gelap yang amat. Ada berapa bijik kereta je yang lalu malam tu. Gambar ni aku snap dalam pukul 10 malam jugak..:-)
Jom kita ke main entry malam ni. Semalam aku dan family melawat family cik tunang di Serkam, Melaka. Tujuannya nak menyempurnakan apa yang tertinggal since our last visit Oktober tahun lepas. Klik link ini untuk cerita selanjutnya.
Maklumlah, bila ada orang-orang yang berkata kat belakang yang buat tak sedap tu. Kata bypass adat lah, tak bagitau family lain lah. Takde wakil lah. Secara syariatnya memang aku dan Ija dah bertunang tahun lepas, in fact kami dah buat apa yang dituntut agama. Family dua belah pihak pun dah setuju. Tarikh dan belanja pun dah discussed. Cincin yang aku bawa sebagai tanda pun dah memenuhi tujuan bertunang. 
Awal Januari aku bertanya cik tunang, nak buat jugak ke? Bukan apa, yang kurangnya tahun lepas bila takde wakil orang tua dari dua belah pihak je. Time tu cincin ada, hantaran pun ada walaupun tak proper. So, parents dia kata terpulang. Nak buat okay, tak buat pun tak jadi masalah. Jadi kami decide untuk buat jugaklah.
Upacara swap cincin. Kali ni bagi yang mahal punya. Haha. Cincin tunang yang mula-mula tu turun pangkat jadi cincin risik..:-) 
Abang ipar aku, Syazwan yang jadi jurucakap family kami semalam. See, dok bising-bising pun bukannya ada family lain pun yang join. Nasib baik Mikail pun ada join meramaikan majlis. Manakala family Ija diwakilkan oleh Pak Long dia. Lupa pulak nama, tapi abang mak dia kot. Huu. Ada dua family jugak yang join from side diorang. Yang kelakarnya aku sendiri mengusung dulang hantaran dan join sekali masuk kedalam. Biasanya lelaki mana boleh ada pun time sesi berbincang tu. Haha
Mak bersama Along dan bakal menantu..:-)
Bergambar kenangan bersama mak ayah tercinta sebelum berangkat pulang. Sekitar jam 6.30 petang, kami meminta izin tuan rumah untuk beransur. Perjalanan dari Serkam ke Port Dickson mengambil masa kira-kira satu jam setengah, bergantung kepada trafik semasa dan juga pemilihan jalan. Kalau exit highway melalui Jasin maybe okay sikit, sebab lalu jalan kampung. Kalau exit lalu Ayer Keroh kemungkinan besar lalu jalan bandar. Korang pun tau Melaka ni cukup terkenal dengan traffic light. Haha
Sampai PD dalam jam 8 malam. Mandi, solat pastu tengok cerita Kung Fu. Unlike tahun lepas, kali ni tak rasa apa sangat pun. Takde excited macam dulu siap post kat FB. Yelah, benda kami sendiri pun tahu rasmi lama dah. Tak merubah apa pun hasil dari pembincangan lepas. In Sha Allah, less than 9 months from now kami akan disatukan. Semoga dipermudahkan urusan kami ni. Amin.

Okaylah, esok pagi aku akan bertolak dari PD terus ke TPM office. Ye lah, hidup zaman Najib ni kena pandai ekonomi sikit. Okay apa plan aku, dari balik petang tadi. Baik balik esok pagi terus ke Bukit Jalil. Jimat minyak, jimat tol, jimat masa. 

P/S: Apa lah Newcastle semalam, elok leading 2-0. Tiba-tiba Bournemouth comeback bagi 2-2. Cuba jangan main-main bila dah leading tu. Hilang 2 mata berharga. Sobs

No comments:

Post a Comment