Petang ni nak share sikit aktiviti hujung minggu aku dengan family. Semalam aku teman ayah attend dua majlis kahwin di Pinggiran Putra dan Bangi Avenue, respectively. Pagi tadi pulak ke Bukit Sentosa uruskan hal berkaitan aku ni. Nak tahu pasal apa? Bacalah, jangan malu-malu. Hee
Semalam aku dan ayah bergerak dari Sungai Buaya sekitar jam 12.40 tengah hari. Plannya kami nak ke majlis di Pinggiran Putra dulu, then baru shoot terus ke Bangi Avenue.
Sampai around jam 2 petang ke destinasi pertama. Ni best friend ayah kat PETRONAS dulu, Tn Hj Daud namanya. Kat Pinggiran Putra ni majlis meraikan anak dia lah. Aku datang sini makan je, bukan nak tengok pengantin pun. Haha
Haa, ni pulak majlis seterusnya di Bangi Avenue. Nampak macam familiar kan brader ni? This is En. Hazlan Shah or casually known as Abang Lan. Kira macam abang angkat jugak, dia ni lah yang tengok-tengokkan waktu aku mula-mula menjejakkan kaki kat UiTM Shah Alam dulu. Banyak jasa bro ni, lagi-lagi time laptop Compaq aku kena rembat. Sanggup datang teman aku buat report polis. Huu. Apa-apapun tahniah brother for your marriage. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga berbahagia ke anak cucu dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Amin In Sha Allah.
Ayah bersama hos majlis, Tn. Hashim. Uncle ni duduk satu taman dengan kami dulu, baru je pindah Bangi ni. Mak aku pernah mengajar kat taska wife dia, Cikgu Izan. So, our families are quite close actually. Tapi tu lah, mak tak dapat join semalam since Along tu tunggu masa je nak bersalin, takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah. Bangi dengan Rawang boleh tahan jauh jugak. Huu
We left the event tepat jam 4.30 petang. Tengok map merah all the way from Bangi to Jalan Duta. So, satu-satunya jalan nak escape is to turn South ke Nilai, then masuk ELITE dari sana. Ingatkan tak jem, rupa-rupanya boleh tahan pishang jugak. Haha
Ni pulak cerita pagi tadi. Tempat apa ni? Haa, kalau nak tau ni lah Dewan Udaimatunnur. One of wedding planner services yang ada dekat Bukit Sentosa ni. Buat apa kat sini?
Apa lah boleh tanya lagi. Confirmlah nak discuss perancangan majlis aku tahun depan. Mak ayah yang ajak join.
Elok pun, boleh aku dapat exact figure untuk buat costing ni..:-)
Elok pun, boleh aku dapat exact figure untuk buat costing ni..:-)
Someone tolong punch my face jap. Biar betul kau nak kahwin ni Farid? Macam tak percaya pulak ni. Huu
Okay, itu je lah cerita petang ni. Debar tak habis lagi ni kawan-kawan. Haha. 10 months to go! Hopefully, everything will be fine lah hendaknya. Amin.
Jarang anak lelaki nak ikut ayah attend event sekarang.
ReplyDeleteIkut ada sebab tu. Haha
Delete