Saturday, December 9, 2017

Kisah AKU n Countdown to The Last Jedi

Assalamualaikum,

Haha. Dah nak dekat 2 minggu tak update. Nak kata busy kat office takdelah sangat, maybe hujung minggu lepas pun takde cerita menarik kot, tu yang malas nak menaip. Okaylah, entri malam ni pun nak kata menarik pun tak jugak. Well, bagi aku memang quite interesting. Tak tahulah korang macam mana. Tapi, kalau ada masa terluang tu baca je lah. Huu
Dekat office minggu ni suam-suam je. Mungkin sebab bos aku pun cuti seminggu. Huu. Khamis lepas aku lepak kat ofis sampai jam 8. Asal memang nak balik on-time tapi tengok hujan lebat gila. Yang paling lebat aku pernah tengok sepanjang bekerja kat sini, bayangkanlah dari level 4 tu MRR2 pun tak clear. Apa yang aku nampak lampu merah (brek) je tanda jalan jem. Huu
Alang-alang jalan dah clear aku balik lalu jalan dalam je. Jimat sikit tol. Huu. Dah kebetulan lalu Templer, aku pun decided untuk mendaki Rawang Bypass buat pertama kalinya. Tak banyak kereta nak ke Serendah lalu sini. Jalan memang sedap. Terang pulak tu sepanjang jalan, cuma dekat exit masih gelap lagi. Memang dengan adanya bypass sepanjang 9km ni sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masa perjalanan dari Hulu Selangor ke northern part of KL. Aku punya khusyuk lalu tahu-tahu dah sampai exit Serendah..:-)
Haa, ni main story yang aku nak share malam ni. Premiere Star Wars - The Last Jedi dah nak start beb! Untuk peminat Star Wars macam aku ni memang benda ni lah yang kami tunggu-tunggu saban tahun. Tahun 2015 kita ada The Force Awakens, 2016 pulak ada Rogue One and finally, counting the date now for 13 December, we will be enjoying the latest episode iaitu The Last Jedi. Interestingly this time aku tak payah susah-susah nak beli tiket since cik tunang dah booked siap-siap as my birthday present. Thanks dear. Ni yang bertambah sayang ni..:-)
Unlike tahun sebelumnya, this time aku memang sangat excited. Jumaat lepas aku ke Citylink Express Rawang before ke pejabat, nak tuntut hadiah. Ingat suka-suka je nak submit jawapan untuk contest trivia Star Wars tu, sekali menang pulak. A very decent quality cap dan juga Rebel Alliance polo shirt. I like it very much. Huu 
Berfungsi lagi light-saber aku ni. Haha. Ni rasanya beli time premiere Star Wars - The Force Awakens tahun 2015. Kalau you all nak tahu this is Rey's light-saber yang diturunkan kepada Anakin Skywalker oleh Jedi Council. Briefly kept by Obi-Wan Kenobi after the death of Anakin, kemudian diserahkan semula ke pewaris lelaki Skywalker, Luke and at the end to his apprentice, Rey. So, teorinya adakah Rey pun family Skywalker jugak?  
Eh, ni kan R2-D2. Yes, tepat sekali. Dalam si comel ni tersimpan koleksi Star Wars Saga bermula dari the first episode, The Phantom Menace sampailah yang ketujuh, The Force Awakens.
Plannya aku nak habiskan semua ni before pergi Premiere tu. Amik feel sikit. Huu
Bring it on! This marathon will take at least 18 hours, so buckle up. 
Nak tambah feel lagi?? Jom main Star Wars: Battlefront II. Haha. Seriously this is the best Star Wars game yang pernah aku main
Tak cukup?? Jom main Star Wars: The Force Unleashed II pulak. Bukan main eh, mentang-mentang Isnin cuti. Nasiblah Cik K faham minat tunang dia ni..:-p

So guys, I hardly can't wait untuk Rabu depan. I believed fellow Starwarians pun sama jugak. Man, it's almost 2 years since the last episode. Han Solo mati, Luke Skywalker akhirnya dijumpai and yang paling penting, siapa parents Rey? Banyak benda tergantung kat situ, harap-harap episod baru ni dapat menjawab lah teka teki ni. Sorry lah kalau nampak cam nerd sangat, gua excited ni! Haha

No comments:

Post a Comment