Monday, December 11, 2017

Kisah AKU n A Night @ Rawang Bypass

Assalamualaikum,

Eh update blog? Tak kerja ke hari ni? Der, today kan Selangor public holiday bersempena Hari Keputeraan Sultan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Dirgahayu Tuanku. Okaylah, nak cerita sikit pasal sebuah highway baru yang juga terletak di negeri Selangor yang menghubungkan Serendah dengan Rawang ni. Semalam aku dan rakan-rakan berkesempatan lalu jalan tu, bukan setakat lalu. Kami sempat berhenti sekejap ambil udara segar atas highway tu. Haha
Sekarang ni kan aku tengah marathon Star Wars, elok sedap melayan Rogue One tetiba Dolah message kata dia balik Sungai Buaya semalam. Afiq kata dia pun free. So, kami decided untuk keluar minum setelah hampir 2 bulan tak berkumpul bersama.
12AM - Lepak port biasa kat kedai Siam. Adalah bersembang around sejam before Afiq bersuara "Takkan nak lepak sini je kot, jom merayau". Kami on je. Haha. Pusing-pusing KL tak buat apa pun. Kami stay dalam kereta sambil memerhati gaya hidup KLites malam hujung minggu ni. Sekejap pergi Star Hill, pastu drive area Pudu, pastu masuk Jalan Ampang. Pendek kata memang takde hala tuju lah semalam..:-p
Sebelum pulang ke Sungai Buaya, kami singgah makan kat Jalan Sultan Ismail. Apa dah nak dekat pukul 3 pagi baru nak makan. Patutlah berat naik. Huu
Nampak tak beradabnya budak lelaki makan. Siap kemas meja tu! Sebenarnya nak perli group perempuan sebelah meja kitorang. Punyalah semak meja. Dah tu makan bersepah, air tumpah sana sini. Pastu tak tau nak kemas pulak tu. Failed betul. Haha
As planned, kami balik lalu jalan dalam. Dolah nak tengok sangat Rawang Bypass ni. Aku dengan Afiq dah pernah lalu minggu lepas.
Highway sepanjang 9km ni merupakan sebuah projek Federal Government dengan kos pembinaan hampir mencecah RM 600 juta due to it's complicated construction method.
Yang bercahaya tu lah Bandar Rawang. Our hometown. Dulu orang pandang slack je bila cakap asal sini. Mana taknya, lot kedai ada 2 row je. Macam pekan koboi. Tapi sekarang, tak berani dah diorang nak mengata since bandar ni memang rapidly developing..:-)
Tinggi highway ni almost 60m equivalent tu setinggi bangunan 14 tingkat. Kira macam tinggi Menara AlloyMtd jugak. Boleh tahan beb. Harap-haraplah takde insiden orang commit suicide kat sini. Karang tak pasal-pasal berhantu pulak. Huu
Dolah dan Afiq diatas Rawang Bypass berlatarbelakangkan Bandar Rawang.
Sampai ketulang sejuk kat atas ni.
Kami gerak sekitar jam 4.30 pagi. Untuk sesiapa yang nak ke Hulu Selangor melalui jalan ni dari KL. Korang boleh masuk highway ni dari Persimpangan Templer dan exit di Serendah. As it name suggested, it will cut you all punya masa perjalanan bypassing Bandar Rawang yang boleh tahan jem jugak..:-)
Sampai rumah 4.45 pagi. Since alang-alang je nak Subuh, aku tunggu jap sambung tengok A New Hope. Haha. Terjaga pukul 10, pergi Bukit Sentosa isi minyak, reload TNGo. Then I got myself my first KFC Chizza for brunch. Okaylah (I don't know why they need to put pineapple, it's sucks), tapi Zinger still be my all time favorite. Huu

Sebenarnya aku ni mengantuk lagi. Apa gunanya cuti kalau tak habiskan dengan tidur. Haha. Konklusinya, aku nak beradu jap. Jumpa dilain entri. Till then, take care.

No comments:

Post a Comment